CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tempatkan warden bekas tentera di sekolah wajar dipertimbangkan' - Asyraf Wajdi

27-7-2026 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28| Komen: 1

 


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) wajar menimbangkan keperluan supaya menempatkan warden sepenuh masa bekas tentera di sekolah bagi menangani insiden buli dalam kalangan pelajar.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia selepas melihat kejadian buli di sekolah semakin menjadi-jadi ketika ini.

Langkah sedemikian kata beliau, turut memberikan peluang pekerjaan kepada bekas tentera, di samping disiplin dalam kalangan pelajar juga akan meningkat.

"MARA bersedia berkongsi dengan KPM mengenai laporan kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai Keberkesanan Projek Rintis Pelantikan Warden Luar Sepenuh Masa dalam kalangan bekas tentera di MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) yang sudah dijalankan selama sembilan bulan.

"Antara dapatan utama sepanjang tempoh pelaksanaan, sifar kes buli direkodkan dengan tahap disiplin pelajar meningkat. Pemantauan lebih konsisten serta tindak balas terhadap isu kebajikan dan keselamatan pelajar lebih pantas.

 "Selain itu, suasana asrama lebih selamat, kemas dan kondusif. Memberi kesan positif kepada para guru yang tidak lagi terbeban dengan tugas warden sebaliknya fokus kepada tugas hakiki mengajar dan mendidik pelajar," katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, pencapaian akademik pelajar turut meningkat, selain maklum balas pelajar sangat positif berdasarkan tinjauan dan lawatan di lapangan.

"Gabungan elemen ketegasan dan nilai 'keibubapaan' ini menjadikan mereka bukan sekadar warden, tetapi pembimbing dan pendidik kepada anak-anak di asrama," katanya.

Berpandukan dapatan kajian ini, beliau berkata, MARA sudah membuat ketetapan memperluas pelaksanaan inisiatif ini ke 10 lagi MRSM bermula bulan lalu sebagai langkah pengukuhan awal, sebelum diperluas ke semua 58 MRSM di seluruh negara bermula Januari tahun depan.

"Pendekatan ini diyakini mampu memperkukuh sistem pengurusan asrama secara lebih tersusun, profesional dan berkesan.

"Saya juga sudah meminta pasukan UPM diketuai oleh Prof Dr Haslinda untuk membantu membangunkan modul latihan khusus kepada warden-waden yang bakal dilantik.

"Modul ini akan memberi penekanan bukan saja kepada aspek disiplin dan keselamatan tetapi pembentukan nilai kemanusiaan, empati dan keibubapaan agar mereka benar-benar menjiwai peranan mentarbiah anak-anak MRSM seperti ibu bapa di asrama selari dengan Falsafah Pendidikan MARA," katanya.

Beliau berkata, ramai bekas anggota tentera menamatkan perkhidmatan sekitar umur 38 hingga 45 tahun dan dalam usia masih produktif, sudah tentu boleh dimanfaatkan untuk menyertai pula sektor pendidikan khususnya membantu meningkatkan tahap disiplin pelajar.

"Selain itu, ia antara alternatif boleh menyelesaikan isu kebajikan veteran ATM (Angkatan Tentera Malaysia), khususnya veteran tidak berpencen, yang sering dibangkitkan.

"Mereka menamatkan khidmat ketika masih produktif tetapi tidak semua menikmati pencen bulanan, bergantung kepada tempoh perkhidmatan yang diiktiraf," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 27-7-2026 11:03 PM
Kalau itu membantu, why not?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.092046 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top