CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia hanya selangkah lagi capai status negara berpendapatan tinggi - Ramanan

25-7-2026 02:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 380| Komen: 10

 



BUKIT MERTAJAM: Malaysia kini hanya selangkah lagi untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi berdasarkan ambang pendapatan per kapita Bank Dunia, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan.

Beliau berkata, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita Malaysia mengikut kaedah Atlas Bank Dunia telah mencapai AS$12,380 iaitu tertinggi sejak merdeka.

Saiz ekonomi negara yang diukur mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini meningkat kepada AS$472 bilion, juga nilai tertinggi sejak 1957.

"Bagi tahun kewangan 2027, ambang PNK per kapita mengikut Kaedah Atlas Bank Dunia bagi status negara berpendapatan tinggi ialah AS$14,376. 

"Malaysia kini hanya selangkah lagi untuk mencapai status tersebut. Sudah tidak jauh daripada matlamat kita," katanya berucap pada Majlis Perasmian Kemuncak 'National Training Week' (NTW) 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh di sini hari ini, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Ramanan berkata, pencapaian itu menunjukkan negara berada pada landasan tepat hasil pelbagai usaha kerajaan dalam memperkukuh ekonomi, menarik pelaburan serta meningkatkan daya saing tenaga kerja. 

Sementara itu, beliau berkata pengurusan dana yang telus amat penting kerana peluang meningkatkan kemahiran rakyat hanya dapat diwujudkan melalui institusi yang kukuh, dipercayai dan mempunyai kepakaran dalam pembangunan bakat negara.

Program Latihan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) memainkan peranan penting dalam memastikan agenda pembangunan modal insan negara terus diperkasa, dengan Pulau Pinang merekodkan lebih 8,000 majikan berdaftar melibatkan 445,792 pekerja.

Ramanan berkata, bagi separuh pertama 2026, kutipan levi latihan di negeri itu berjumlah RM129.72 juta, dengan RM113.74 juta telah disalurkan semula untuk tujuan peningkatan kemahiran tenaga kerja menerusi 125,398 latihan yang telah dijalankan.

"Saya sentiasa menegaskan bahawa setiap sen levi yang diamanahkan oleh majikan mesti diuruskan dengan penuh integriti.

"Dalam tempoh enam bulan pertama sahaja, hasil memperkukuhkan tadbir urus telah berjaya pulihkan sebanyak RM437.3 juta melalui langkah optimisasi dan pemulihan portfolio.

Mengenai NTW 2026, Ramanan berkata ia menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan muda, pekerja, suri rumah dan pesara untuk meningkatkan kemahiran serta membina masa depan lebih baik.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 25-7-2026 04:32 PM
Utohh pendapatan tinggi
Quote kemaruk 25-7-2026 05:02 PM
Dengar boleh   
Quote silance 25-7-2026 08:06 PM
You worangs mau pendapatan tinggi kena embark on a new move la. Halau semua pati asing worang, you take over their businesses.
Quote L.U.S.M 25-7-2026 08:12 PM
Berapa byk jobless skrg..pastu announced negara berpendapatan tinggi konon


Haktuikkk
Quote Decaffeinated 25-7-2026 09:16 PM
Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita Malaysia mengikut kaedah Atlas Bank Dunia telah mencapai AS$12,380 iaitu tertinggi sejak merdeka.

Saiz ekonomi negara yang diukur mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini meningkat kepada AS$472 bilion, juga nilai tertinggi sejak 1957.

"Bagi tahun kewangan 2027, ambang PNK per kapita mengikut Kaedah Atlas Bank Dunia bagi status negara berpendapatan tinggi ialah AS$14,376

They say figures don't lie tapi kalau rasa hidup masih susah means korang yang bertanggungjawab pulling the numbers down, ada orang lain yang push them up. So di manakah salahnya?
Quote lolipopmanish 25-7-2026 09:55 PM
Ramai aku dengar yang hilang pekerjaan tahun ni

Sembang betul orang gini ek, pendapatan tinggi puiiii
Quote A-Are 27-7-2026 02:26 PM
iols rasa negara kita mmg ke arah tu..sbb kebanyakan kita gaji mmg makin naik tapi tetap rasa xckop ckop...tu tanda2 ke arah negara maju la tu...harga rumah makin mahal dan susah milik,
Quote Decaffeinated 27-7-2026 05:01 PM
A-Are replied at 27-7-2026 02:26 PM
iols rasa negara kita mmg ke arah tu..sbb kebanyakan kita gaji mmg makin naik tapi tetap rasa xckop  ...

maknanya ramai ja yang hidupnya semakin senang cuma biasanya mereka yang dah senang ni senyap ja.


Quote A-Are 29-7-2026 02:42 PM
Decaffeinated replied at 27-7-2026 09:01 AM
maknanya ramai ja yang hidupnya semakin senang cuma biasanya mereka yang dah senang ni senyap ja.
...

ya...mmg nampak ke arah negara berpendapatan tinggi dah..compare 6 tahun (2020-2026) lepas gaji me ols laki bini mmg da naik 100%..while compare to 7 tahun sebelum tu (2013-2020) gaji i naik 50% sahaja...I assume orang lain pon meB lebih kuranglah pendapatan masing2...
Quote silance 29-7-2026 10:36 PM
https://www.msn.com/en-my/money/ ... d951059ef&ei=14

Malaysian bakal hilang kerja. Halau pati-pati celaka. We dont need them.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.034256 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top