CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amerika Syarikat hadapi wabak demam campak paling buruk dalam tempoh 35 tahun

25-7-2026 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 252| Komen: 6

 



WASHINGTON – Amerika Syarikat(AS)  berdepan wabak campak paling buruk dalam  tempoh 35 tahun, demikian menurut angka rasmi semalam ketika negara merekodkan lonjakan serius kes demam campak berikutan keraguan orang ramai terhadap vaksin

Sejak t2026 bermula, sebanyak 2,318 kes disahkan bagi penyakit sangat mudah berjangkit itu telah direkodkan, kata  Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Jumlah itu melebihi keseluruhan kes pada 2025, tahun yang memecahkan rekod, dengan 2,289 orang disahkan dijangkiti demam campak , bersama tiga kematian termasuk dua anak kecil.

“Kita menyaksikan krisis yang sepatutnya boleh dielakkan.

“Kita boleh  menerima ini sebagai normal  baharu,” kata Presiden Akademi Pediatrik Amerika, Andrew Racine.

Demam campak menyebabkan demam, gejala pernafasan dan ruam kulit.

Dalam sesetengah kes, ia mencetuskan komplikasi lebih teruk termasuk radang paru-paru dan radang otak, yang boleh mendatangkan impak jangka panjang serius serta kematian.

Pada tahun 2000, demam campak diisytiharkan telah dihapuskan di Amerika Syarikat, hasil program  vaksinasi.

Namun, penyakit itu muncul semula dan menular sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan latar belakang penurunan kadar vaksinasi dan peningkatan rasa tidak percaya terhadap pihak berkuasa kesihatan.

Robert F. Kennedy Jr. selaku Setiausaha Kesihatan Presiden Donald Trump  dituduh menyumbang secara ketara kepada krisis ini dengan menyebarkan sentimen antivaksin dan mencetuskan kebimbangan terhadap imunisasi yang telah dikaji dengan baik dan terbukti berkesan.

Kali terakhir Amerika Syarikat mengalami bilangan kes campak yang tinggi adalah pada tahun 1991, apabila 9,643 kes direkodkan.

Sebelum pembangunan vaksin campak pada awal tahun 1960-an, penyakit itu membunuh ratusan kanak-kanak setiap tahun di AS.

Pada masa yang sama, demam campak  meragut puluhan ribu nyawa di seluruh dunia. – AFP


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dovahkiin 25-7-2026 05:07 PM
Malaysia pun akan menjurus kepada perkara yang sama in a few years.
Quote silance 25-7-2026 10:23 PM
Bagaikan kacang goreng sebiji-sebiji,, geram wooo dulu aku kena rasa nak picit satu satu. Macam bubble wrapping pun ye juga bunyi tussss kena picit. Heeeeee
Quote arnabpurplee 26-7-2026 01:00 AM
kena hati-hati
Quote stingerkentot 26-7-2026 01:21 AM
Kahahkahkah


[twitter]https://twitter.com/bryandawsonusa/status/2080772956146282924?s=61[/twitter]
Quote airfilterkotor 26-7-2026 04:11 PM
Robert F. Kennedy Jr. sendiri buat onar sebar info tak betul, ramai pulak yang percaya dan akhirnya telah membuahkan hasil.
Selaku Setiausaha Kesihatan, mungkin dia tengah cari jalan nak kalih isu ni.
Quote kemaruk 26-7-2026 05:40 PM
Mungkin kerana terlalu ramai puak2 gay di sana

Sudah2 la meliwat tu wahai para gay sekalian

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.031134 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top