CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyelesaian muktamad gelombang haba, Jepun jual peti sejuk manusia

24-7-2026 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 261| Komen: 9

 


TOKYO – Sebuah syarikat memperkenalkan ruang penyejukan peribadi dipanggil peti sejuk manusia selepas Jepun berdepan cuaca panas melampau, lapor agensi berita United Press International. 

Dinamakan Do Hiemon Box, saiz peti itu menyamai saiz mesin layan diri standard di Jepun dan boleh memuatkan seorang individu dalam satu masa. 

Peranti tersebut mengekalkan suhu dalaman tahap nyaman 15 darjah Celcius, manakala aliran udara sejuk akan ditiup ke kepala, leher, bahu serta belakang pengguna. 

 

Ia dibina oleh pengeluar peralatan penyejukan dan mesin layan diri, SDRS dan dijual melalui pembekal peralatan perindustrian, Trusco Nakayama. 

Selain dapat mengurangkan kelesuan haba, produk itu direka khas untuk mereka yang bekerja di persekitaran panas seperti tapak pembinaan dan lain-lain. 

Do Hiemon Box dijual pada harga 1.5 juta yen (RM37,488).

 Suhu di seluruh Jepun meningkat kepada 37.77 darjah Celsius sejak beberapa minggu lalu, dengan seramai 48 orang di Tokyo dimasukkan ke hospital akibat strok haba.  – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 24-7-2026 05:55 PM
Beli penghawa dingin lebih bagus
Quote Samerosie 24-7-2026 07:41 PM
Am I a joke to you?

1000123637.jpg
Quote lanacondor 24-7-2026 08:06 PM
Mcm seram je dduk dlm tu. Dibuatnya terkunci xleh bukak pintu. Dduk pulak sorg2. Xpasal2 meninggal dlm peti tu
Quote gigahertz 25-7-2026 11:15 AM
Baik duduk dlm rumah pasang Aircon 2.5hp.
Quote supernaturalee 25-7-2026 11:30 AM
Selain dapat mengurangkan kelesuan haba, produk itu direka khas untuk mereka yang bekerja di persekitaran panas seperti tapak pembinaan dan lain-lain.


eh korang...

market target die utk set2 ni
Quote Samerosie 25-7-2026 12:37 PM
supernaturalee replied at 25-7-2026 11:30 AM
eh korang...

market target die utk set2 ni

Boleh ke berehat masuk aite office ada aircon. Lagipun sop hse kat aite bila hari sangat panas kena stop work. Ni panas2 peluh2 terus masuk fridge ni kang lain masalah jadi.  Belum lagi bau keoam dgn x sanitary.
Quote supernaturalee 25-7-2026 12:52 PM
Samerosie replied at 25-7-2026 12:37 PM
Boleh ke berehat masuk aite office ada aircon. Lagipun sop hse kat aite bila hari sangat panas ken ...

since rege die berpuluh ribu; ada sekali sanitizer, serap bau, humidity, yada2 la kot




aite? u mean site?



Quote ctaz 25-7-2026 03:50 PM
apa kebanggang...
Quote ctaz 25-7-2026 03:50 PM
apa kebanggang...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.101997 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top