|
SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) perlu bermuhasabah mencari punca mengapa gabungan itu gagal mendapat sokongan pengundi Melayu dan bukan terus menuduh parti lain memainkan isu perkauman.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kenyataan sedemikian mungkin berpunca daripada rasa tidak senang PH terhadap pandangan beliau sebelum ini berhubung kegagalan gabungan itu mengurus sensitiviti pengundi Melayu dengan baik. “Saya ada sebut bahawa sensitiviti orang Melayu tidak diurus dengan baik oleh PH, jadi mereka marah dengan mengatakan saya memainkan isu perkauman. “Tapi saya nak minta PH cuba renungi dan bermuhasabah diri sedikit kenapa mereka tidak popular dalam kalangan pengundi Melayu,” katanya ketika ditemui pemberita pada program sarapan pagi bersama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Datuk Mohd. Asna Amin di sini hari ini. Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, berdasarkan kajian yang dilakukannya di Johor, sokongan pengundi Melayu terhadap calon-calon PH didapati tidak mencapai 10 peratus. – KOSMO! ONLINE
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.035006 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.