CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Cina ada China, orang India ada India…Melayu ada Tanah Melayu sahaja -Sanusi

24-7-2026 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1154| Komen: 48

 



Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa kuasa politik dan penguasaan ekonomi orang Melayu semakin terhakis serta berisiko hilang dalam tempoh 10 tahun jika tiada perubahan dilakukan.

Dalam ceramah perdana BN-PN di Jempol, beliau turut mengaitkan situasi itu dengan kewujudan pemimpin Melayu yang didakwa menggadaikan prinsip demi kepentingan politik, selain menyeru penyatuan PAS dan UMNO bagi mempertahankan agama serta bangsa.


“Ada barua-barua Melayu, orang-orang yang bersikap seperti watak Buang dalam filem Sarjan Hassan… Ada watak Buang yang jadi barua-barua Jepun, (dia) Melayu.

“Mereka tubuh parti, himpun puak ini semua. Mereka inilah yang mengikis kuasa politik Melayu pula sebab kita kehilangan ekonomi yang begitu besar,” katanya.


 Sanusi turut menegaskan Malaysia merupakan satu-satunya tanah yang dimiliki orang Melayu berbanding kaum lain yang mempunyai negara asal masing-masing.

“Melayu tak ada dah tanah. Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada Cina, orang Kamboja ada Kamboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja,” katanya.

Dakwa kedudukan ekonomi orang Melayu makin terhakis

Beliau turut mendakwa pegangan ekonomi orang Melayu masih berada pada kadar 18 peratus selepas lebih 50 tahun, manakala kedudukan politik pula semakin terhakis.

“Selepas 50 tahun tuan-tuan, kita masih berada pada tahap yang sama. Tapi kita tengok sektor politik, sektor ekonomi ini kita jumlah 18 peratus daripadanya. Sektor politik pula semakin hari semakin terhakis.

“Orang muda-muda yang ada main game, yang tak peduli pasal parti, tak peduli pasal politik, apa tunggu 10 tahun lagi, negeri ini akan hilang kalau sebarang perubahan tak dibuat sekarang.

“Sekarang! Bukan esok. Now! Now! (Sekarang! Sekarang!). Orang ini sebenarnya kena jawab tahu. Now! (Sekarang!) Tak boleh tunggulah,” katanya.

Dalam masa sama, Sanusi mendakwa terdapat pihak yang sengaja memburukkan imej orang Melayu sehingga mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam.

“Hari-hari bangsa Melayu sendiri menghentam orang Melayu. Dia dedahkan macam-macam keburukan orang Melayu.
“Akibat satu dua perangai, dia hentam satu Melayu perangai serupa. Menyebabkan orang bukan Islam, bukan Melayu, pandang kita serupa,” katanya.

Tak hanya itu, beliau juga mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendakwa terdapat pemimpin yang sanggup menggadaikan prinsip demi mencapai cita-cita politik.

“Politik, liberal, plural, pragmatis, semua boleh. Asal aku boleh jadi perdana menteri. Haa, ni hal-hal terjadi ni. Di keliling dia, watak-watak Buang ni penuh, termasuk ulama sabun itu (Mohamad Sabu) itu.

“Pertahankan DAP hari-hari. Melayu tak ada. Dia gambarkan Melayu dengan sikap yang sangat buruk.

“Yang DAP nak buat? Malaysian Malaysia (Malaysia untuk orang Malaysia). Tak ada bangsa, semua bangsa Malaysia. Itu tujuan DAP. Nak kena sedar menarik. Tak sedar 10 tahun lagi, tak tahulah siapa Melayu, siapa bangsa lain,” katanya.

Mengakhiri ucapannya, Sanusi menggesa PAS dan UMNO kembali bersatu sebagai jalan terbaik bagi mempertahankan agama dan bangsa.

Sumber: Facebook Muhammad Sanusi Md Nor 

 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 24-7-2026 05:32 PM
Bagi saya Daripada undi PAS lebih baik undi dap. DAP ada harapan untuk masa hadapan Malaysia. PAS akan melingkupkan negara.
Quote silance 24-7-2026 06:05 PM
Edited by silance at 24-7-2026 06:13 PM

“Selepas 50 tahun tuan-tuan, kita masih berada pada tahap yang sama. Tapi kita tengok sektor politik, sektor ekonomi ini kita jumlah 18 peratus daripadanya. Sektor politik pula semakin hari semakin terhakis.

Sapa printa 50 taun?
Tuhan bagi setiap orang dapat duaplopat jam sehari.  365 hari setaun tapi lain orang lain cara guna masa. Ada yang kerja 12 jam sehari, ada yang bina business dari zero sampai jadi empire, ada yang berjuang medan perang, ada yang berbudi pada tanah, ada yang main dam bawah pokok pagi sampai petang, ada yang busy menambah bini, ada yang busy sakau, ada yang bodo tatau apa mau buat kirja transporter angkut rohingnya bawa masuk sini sampai sekarang madani kena bersihkan, ada jadi alibaba fefeeling ketuanan kutip sewa kidai bangla jaga.
Beli moto bagi sewa rohingnya RM150 sebulan sambil fefeeling ketuanan juga.

Quote silance 24-7-2026 06:31 PM


https://www.youtube.com/watch?v=ToEXURoBQ7w

Ini gambaran tanah mulayu?
[youtube]ToEXURoBQ7w[/youtube]
Quote ultra78 24-7-2026 08:39 PM
Tunggu komen saka...
Quote Eqx 24-7-2026 08:41 PM
Edited by Eqx at 24-7-2026 08:42 PM

Bangsa yang sayangkan wanitanya sahaja yang berusaha mempertingkatkan pertahanan perang dan seterusnya berjaya menakluk wilayah lain & mengembangkan empayarnya.  Takut wanita2nya dirogol.  

Love thy women.  No love?  Stay mundur & sempit sekangkang kera.
Quote manopBKK 25-7-2026 05:09 AM

Laaa...baru tahu ke?


Quote Dwdrum 25-7-2026 09:51 AM
Melayu patut ikut seperti North korea.. Isolationism.... Foreign policy hanya allies with countries sharing same common ideologies...

Ngaku liberate hanya membohong saja
Quote Apoo 25-7-2026 10:57 AM
manopBKK replied at 25-7-2026 05:09 AM
Laaa...baru tahu ke?

Dok guna watak Buang untuk tuduh org lain pengkhianat. Walhal pengkhianat terbesar di Malaysia ni ialah PAS. Rakyat Malaysia dah pilih kerajaan pada PRU 2018. Tp sapa yg jatuhkan melalui tebuk atap sebab tak sabar nak berkuasa?

Once berkuasa bukan perform pun. Si presiden yg dilantik jadi duta khas timur tengah bertaraf menteri, langsung x pernah keluar buat kerja. Dok rumah gelintir telur. Setiausaha agung dia cum menteri  tenaga hanya tau menikah satu lagi. First time suami isteri jadi menteri kabinet.

Macammana la aku boleh support parti ni dulu.
Quote alesandra 25-7-2026 10:21 PM
Kan ke mb kedah sempoiii tokmin x sempoi
Quote manopBKK 26-7-2026 04:23 AM
[twitter]https://twitter.com/zackzakydaniel/status/2080997386764292146?s=61[/twitter]
Quote adm7 26-7-2026 11:54 AM
Aku tak tau yang pertikaikan kenyataan sanusi ni buat-buat bangang atau memang bangang dari kecik.

Berapa sen ye dpt jadi cybertrompet PH ni? Dpt apa jadi barua politik? Barua DAP?


Sebab tu gunanya pergi sekolah, belajar sejarah supaya ada jati diri. Bukannya sibuk dan leka dengan hiburan dan hobi tak da faedah.
Bila bangsa lain kutuk bangsa sendiri tak mampu nak pertahankan lagi hina boleh sokong bangsa lain kutuk bangsa sendiri.
Kalau korang melayu elok korang mati je dan jangan membiak.
Bodoh macam monyet
Quote kemaruk 26-7-2026 12:20 PM
Rohingya je twrasa dengan statement sanusi ni

Sebab rohingya takda tanah

Dengki melayu ada tanah melayu

Malay = melayu
Sia = tanah
Quote adm7 26-7-2026 12:51 PM
kemaruk replied at 26-7-2026 12:20 PM
Rohingya je twrasa dengan statement sanusi ni

Sebab rohingya takda tanah

Betul tu. So kalau mcm ni pemikiran macai, tak mustahil masa depan diorg pun iktiraf rohingya ni tuan tanah/warganegara sebab ramai rohingya lahir di Malaysia.

Apa beza kaum rohingya dgn cina/india? Dua-dua pun asalnya datang dari negara masing-masing sebab ditindas/masalah kat negara asal masing-masing.
Tak mustahil kitaran yang sama akan berlaku di masa depan.
Yang macai dan melayu zaman tu boleh terus hanyut dengan hobi bodoh dan takda faedah sebab tak ada jati diri dan takda rasa sayangkan bangsa dan negara.
Quote silance 26-7-2026 01:54 PM


[youtube]p2WgzmLawuM[/youtube]

Rakyat local nak beli minya massa pun nak kena mengamuk baru dapat beli. Bangla bole simpan banya stock.
Ada tanah tapi dipenuhi asing worang perlis sampai Johor.

Quote TomyamPuteh 26-7-2026 02:12 PM
Dengan 'badut' pon korang boleh melantun
Quote slavehunter 26-7-2026 02:36 PM
Betul la tu apa Sanusi kata. This peninsula sekangkang kera juga yang pendatang nak rebutkan, there is vast land in India and China, go get them! Ada gunung2 cantik, ada musim sejuk.....why this tropical rainforest peninsula yang nak direbutkan sangat tu?
Quote terma2nkondisi2 26-7-2026 02:46 PM
sanusi ni nak pertahankan hak orang melayu di tanah malaysia ni, so dia buat preemptive strike ke atas pihak lawan.. tapi terkena juga pada rakan2 politik yg ada dalam bn dan pn

MIC, MIPP kecam Sanusi berkait kenyataan ‘Tanah Melayu’

mungkin sama jadi mcm yg dulu tu la.. nak serang amirudin shari tapi secara tak langsung berkait juga dengan sultan selangor

kadang2 ayat yg keluar dari mulut dia terlebih drpd apa yg ingin dia maksudkan dlm fikiran dia
Quote Apoo 26-7-2026 02:55 PM
adm7 replied at 26-7-2026 11:54 AM
Aku tak tau yang pertikaikan kenyataan sanusi ni buat-buat bangang atau memang bangang dari kecik.

...

Hg cuba tanya geng India, Cina Malaysia, depa nak ka jadi rakyat India & China? Belajar la berkawan dengan mereka yg bukan sebangsa dengan hg sama.

Dok cerita pasal perpaduan. Tp dlm masa yg sama dok ungkit isu perkauman. Salah satu sebab parti2 Cina & India tolak PAS, sebab ni la.
Quote xAthenax 26-7-2026 03:08 PM
Bukan si bebal pernah ngaku tok berbangsa cina? Or did he suddenly get overcome by selective amnesia?

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.040279 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top