Oleh Adib Za Wow! Itulah perasaan bila mengetahui kisah lelaki ini dan isterinya yang buta. Pasangan Kuroki dari Shintomi Town, Jepun telah berkahwin sejak tahun 1956. Namun isterinya telah kehilangan upaya dan menjadi buta ketika berusia 52 tahun akibat diabetes.
Apa yang dilakukan oleh lelaki ini ialah untuk menggembirakan semula wanita itu semula. Mr Kuroki terlihat bunga Shibazakura yang berwarna merah jambu pada suatu hari. Ia bukan sahaja sangat indah, namun memiliki bau yang sangat harum. Mr Kuroki mula menanam bunga-bunga itu di luar rumahnya. Kemudian, tanpa disangka bunga itu semakin membiak selepas dua tahun.
Kini dia telah menanam ribuan bunga Shibazakura yang memenuhi ruang halaman dan juga kebunnya. Ibarat karpet merah jambu yang terbentang luas. Akhirnya Mr Kuroki dapat membuat isterinya tersenyum kembali apabila dia terhidu haruman bunga ini yang melata di hadapan rumahnya. Siapa sangka, selepas lebih sedekad, taman ini berubah menjadi tarikan pelancong yang ingin melihat keindahan bunga Shibazakura dan menghidu bau harumnya. Jangan terkejut, pada musim bunga, ia mampu dilawati sehingga 7,000 pelawat dari seluruh bandar! - CARI Infonet |
6
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
10
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
imransulaiman replied at 18-2-2016 07:34 PM
Wow! Cantiknya laman oleh bunga tu!
azie5zoe replied at 19-2-2016 11:21 AM
bukan dalam hati jur..luar hati di pun bertaman..
ADVERTISEMENT