CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizi Kirana tak lena tidur malam hampir dua bulan sejak pulang Sumud Flotila 2.0

16-7-2026 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 632| Komen: 9

 


Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana mengakui tidak dapat tidur malam sejak pulang daripada misi kemanusian hampir dua bulan lalu.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil ,41, perubahan zon waktu dikujunginya dalam misi kemanusiaan Sumud Flotila 2.0 yang lalu membuatkan waktu tidurnya jadi tidak menentu.


“Negara pertama yang saya pergi adalah Mesir selama seminggu. Kemudian saya ke Sepanyol. Selepas itu ke Itali pula sebelum berakhir Turkiye.

“Selepas itu saya pulang ke Malaysia sekejap sebelum terbang semula ke Marmaris dan Istanbul.

“Bila selesai sahaja misi, saya pulang ke Malaysia sibuk pula pindah rumah. Dan sambung rekod lagu baharu bersama Malique dari pukul 9 malam sampai 6 pagi selama beberapa hari,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Yang Tinggal, di sini, baru-baru ini.

Tambah bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh itu lagi, dia cuba untuk tidur tetapi akan terjaga selepas beberapa jam.

“Saya tidur awal dengan harapan akan terjaga esok pagi. Tetapi bila saya terjaga rupanya baru pukul 10 malam. Rasa macam sudah lama tidur.

“Saya cuba untuk buat macam-macam kerja supaya badan jadi penat dan saya boleh tidur. Tetapi tetap akan terjaga.

“Saya ada mengadu pada ibu. Ibu minta saya banyakkan berselawat. Katanya kalau berlarutan, dia minta saya jumpa doktor,” kongsinya.

Walaubagaimanapun kata Zizi, setakat ini situasi tersebut tidak mengganggu kesihatannya dan dia masih boleh bekerja seperti biasa.

“Alhamdulillah kesihatan saya masih okey. Mungkin sebab saya sejenis yang suka makan vitamin. Saya memang ambil macam-macam vitamin sejak pergi misi kemanusian. Saya ambil vitamin supaya saya sentiasa sihat ketika menjalani misi kemanusian,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Zizi baru sahaja lancarkan lagu baharunya berjudul Yang Tinggal berkolaborasi dengan Malique dan Yasin Sulaiman. – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 18-7-2026 10:25 AM
Syok ah jalan2 merata, duk ramai2 dalam bot... gurau2 ngan geng sumud siap nyanyi2... kena tangkap pun confident PMX tolong lepaskan.. pastu pergi lagi.
Balik sini meratap hiba sedih pilu...
Quote red_velvet 18-7-2026 02:34 PM
Ko pergi masa dalam edah kan? Elok pulak ostad2 yang perg sama tak menegur kan.. Tunggang lah mek.. Asal pakai tudung semua auto suci
Quote Vanillah 18-7-2026 05:35 PM
Salahkan zon waktu punca susah nak tidur? Sebenarnya punca dia adalah PERIMENOPAUSE
Quote MsIda 19-7-2026 12:32 PM
red_velvet replied at 18-7-2026 02:34 PM
Ko pergi masa dalam edah kan? Elok pulak ostad2 yang perg sama tak menegur kan.. Tunggang lah mek..  ...

Exactly ...umah malays ramai yang ada perception mcm tu
Quote IzzahF 20-7-2026 09:08 AM
penunggang dari borneo
Quote shernazz 20-7-2026 09:13 AM
red_velvet replied at 18-7-2026 02:34 PM
Ko pergi masa dalam edah kan? Elok pulak ostad2 yang perg sama tak menegur kan.. Tunggang lah mek..  ...

Skang iols.perasan mcm orang takde endahkan iddah ni kan..
Padahal benda.tu.wajib...
Quote likilu 20-7-2026 10:19 AM
Kepam sangat ke muka asal dia ni sampai mekap tebal sebegitu
Quote likilu 20-7-2026 10:19 AM
Kepam sangat ke muka asal dia ni sampai mekap tebal sebegitu
Quote asfaz 23-7-2026 07:37 AM
red_velvet replied at 18-7-2026 02:34 PM
Ko pergi masa dalam edah kan? Elok pulak ostad2 yang perg sama tak menegur kan.. Tunggang lah mek..  ...

Sesama diaorg takpaaaa...suci..dia buat benda elok.
Senyap tak berkutik. Nanti bgi alasan dah ada tarikh pergi,tpi yg file cerai ,ZK kan bukan ex dia.Kenapa pilih tarikh dekat2 nak pergi sana?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.119540 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top