CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja tuduh wanita hamil mencuri kena tindakan tatatertib, Lotus's Malaysia mohon hormati harga diri, privasi staf terlibat

15-7-2026 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 482| Komen: 10

 



LOTUS'S Malaysia mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan terlibat dalam insiden membabitkan seorang wanita hamil 38 minggu yang dituduh mencuri di cawangannya di Selayang, Selangor, pada 11 Julai lalu.

Syarikat peruncitan itu dalam kenyataan mengakui cara insiden itu dikendalikan tidak memenuhi standard layanan dan perkhidmatan yang sepatutnya diberikan kepada pelanggan.

"Kepada pelanggan, isteri beliau serta keluarga mereka, kami ingin memohon maaf atas insiden yang berlaku. 

"Tiada pelanggan sepatutnya melalui pengalaman sedemikian ketika membeli-belah bersama kami," katanya pada Selasa.

Lotus's Malaysia berkata, pihaknya turut memperkukuh garis panduan, prosedur serta latihan bagi memastikan semua pekerja mengamalkan standard perkhidmatan ditetapkan dan mengelakkan kejadian sama berulang.

Syarikat itu bagaimanapun melahirkan rasa kesal terhadap laporan gangguan peribadi serta ugutan dalam talian yang didakwa ditujukan kepada pekerja terlibat dan ahli keluarga mereka sepanjang isu berkenaan mendapat perhatian ramai.

"Kami pohon semua pihak menghormati privasi, kesejahteraan dan harga diri setiap individu yang terlibat serta membenarkan perkara ini diteruskan dengan penuh persefahaman dan ihsan," katanya.

Sementara itu, suami pelanggan terbabit, Fareez Shah memaklumkan dia membuat laporan polis pada Ahad sebagai langkah pertama untuk mendapatkan keadilan buat isterinya.

Menerusi perkongsian di Threads, Fareez berkata tindakan yang berlaku terhadap isterinya yang sedang sarat mengandung bukan perkara kecil untuk dipandang remeh.

"Apa yang berlaku pada isteri saya bukan perkara kecil untuk saya tutup mata. Maruah seorang wanita yang sedang sarat mengandung dipijak dengan satu tuduhan yang langsung tiada bukti.

"Saya tak minta sesiapa membenci atau menghukum sesiapa. Saya cuma berharap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi kepada mana-mana ibu mengandung, keluarga atau orang lain pada masa akan datang," katanya.

Dalam kejadian pada Sabtu, insiden memalukan itu berlaku sejurus Fareez dan isterinya selesai membuat pembayaran barangan yang dibeli.

Sebaik sahaja melangkah keluar dari kaunter pembayaran, mereka secara tiba-tiba ditahan oleh seorang kakitangan kerana dituduh menyembunyikan sesuatu di bahagian perut.

Tuduhan dibuat tanpa bukti dan sekatan ke atas mereka dilakukan selepas menerima aduan daripada seorang juruwang.

Apa yang lebih menyakitkan hati, Fareez mendakwa kakitangan terbabit sebaliknya bertindak luar jangkaan dengan meminta isterinya menunjukkan buku rekod kehamilan sebagai bukti.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 15-7-2026 10:28 AM
padan muka pondan feeling tu kena londeh satu-satu perangai meroyan dia kat thread, siap kena keluarkan gambar-gambar lama zaman memondan dulu hahahahaha.. main gila dengan orang, tau-tau laki tu senior lawyer, siap ada firm sendiri... terkencing lah kau dekat court tu nanti...
Quote mamaazim 15-7-2026 11:16 AM
tulah kita ni nak buat apa2 cuba lah kita ikut budi pikiran dulu n SOP.. jgn main tuduh je..
Quote B40tastePosh 15-7-2026 12:34 PM
prince_marhaen replied at 15-7-2026 10:28 AM
padan muka pondan feeling tu kena londeh satu-satu perangai meroyan dia kat thread, siap kena keluar ...

Siapa ponden
Quote Mahathirina 15-7-2026 01:04 PM
Kerja pun pakai t-shirt alahai.. lagi mau tunjuk ranggi.
Quote Mahathirina 15-7-2026 01:05 PM
Kerja pun pakai t-shirt alahai.. lagi mau tunjuk ranggi.
Quote ninja boy 15-7-2026 01:31 PM
Kat tv ada tunjuk perempuan menyamar hamil utk curi baju shopping mall, so perempuan hamil x digalakan soping nnt penuh jeruk dan asam sorok dalam bra
Quote kakikuDibibirmu 15-7-2026 01:34 PM


Quote seri_mawr 15-7-2026 03:40 PM
mydin admin udah trolll case ni la....
laju dia buat kerja...hahhaha

tp mmg xde adab pekerja lotus...kot ya pun suspect bawak la pi opis..ni tgh2 org tu kejadahnya....kurang asam keping betul laaa...
Quote prince_marhaen 15-7-2026 03:47 PM

staff Lotus yang tuduh wife lawyer tu... jenis kakak2 mulut kepoh, yang gayboy feeling tu
Quote B40tastePosh 16-7-2026 07:04 PM
Mahathirina replied at 15-7-2026 01:05 PM
Kerja pun pakai t-shirt alahai.. lagi mau tunjuk ranggi.

Acik teringin nak kerja pakai kemeja, tapi tak dapat end up dalam kebun sawit je.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.032821 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top