Oleh Izzah Abbasy
Teresa Widener, 45, yang berasal dari Bedford, Virginia, Amerika Syarikat memilih untuk meluahkan rasa yang terpendam dengan memakan batu sejak 20 tahun lalu. Menurutnya, semakin dia berasa gelisah, semakin banyak batu akan dimakannya. Dia boleh memakan batu sebanyak 1.3 kilogram (kg) dalam seminggu atau lebih daripada 1,360kg sepanjang hidupnya. "Biasanya saya akan mengutip batu yang lebih lembut dan rapuh ketika berjalan-jalan kerana bukan semua batu boleh dimakan. Untuk menikmati kesedapan batu itu, saya terlebih dulu akan memecahkannya menggunakan tukul besi," Teresa kemudian akan memakan batu-batu itu secara perlahan-lahan dengan gigi di sebelah kiri kerana menurutnya, gigi di bahagian itu lebih kuat berbanding gigi lain. Dia juga mengaku tidak pernah berdepan masalah kesihatan yang serius akibat tabiat pemakanannya itu. Hanya sekali-sekala dia sakit perut tetapi jarang membuang air besar. Katanya lagi, amalan memakan batu membantunya merawat kekurangan zat besi yang disebabkan penyakit anemia yang dihidapnya. - CARI Infonet
|
ADVERTISEMENT