CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tip Yang Menjadikan Anda Tidak Rasa Malas Lipat Baju!

16-2-2016 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 23088| Komen: 117



Oleh : TS LOo


sumber foto : Google Image


Kalau dibuat bancian apa kerja rumah paling malas dilakukan, tentu ramai yang akan menjawab melipat pakaian. Bingo, memang betul melipat pakaian memang boleh menjadi satu masalah buat kebanyakan kaum wanita.


Lagi menyakitkan hati, kalau sehari tidak diselesaikan tugas melipat pakaian, kain baju boleh bertimbun macam gunung. Rasanya baru semalam melipat pakaian tetapi hari ini sudah segunung balik terutama yang berderet ada anak kecil. Maklumlah anak kecil kalau sehari tidak tukar 3-4 pasang pakaian memang tak sah dibuatnya.


Apa kata anda cuba tips berikut, mana tahu lepas ini tiada lagi masalah melipat pakaian. Tiada lagi masalah pakaian bertimbun yang tidak dilipat, hati pun senang.



 

sumber foto : Google Image

1) Sangkut baju
Mungkin cara ini lebih sesuai untuk rumah yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil dan tidak mempunyai anak usia bayi. Tak perlu pening kepala dan malas hendak melipat pakaian. Sebaliknya sangkut sahaja semua pakaian menggunakan penyangkut baju. Beli penyangkut baju dalam jumlah yang banyak dan sangkut semua pakaian kecuali pakaian dalam dan yang bersaiz kecil. Anda hanya perlu sediakan ruang almari yang besar untuk memuatkan baju-baju yang sudah disangkut tersebut. Selesai masalah!


2. Lipat ikut kategori pakaian
Masa hendak melipat pakaian, apa kata anda asing-asingkan mengikut kategori seperti seluar, t-shirt, pakaian dalam, dan sebagainya. Lepas itu anda lipat mengikut kumpulan tersebut. Secara psikologinya anda akan merasakan tugas melipat pakaian tidak membosankan dan cepat siap kerana melipat mengikut kategori.


3. Lepas angkat terus lipat. Jangan bertangguh
Selepas mengangkat pakaian di jemuran, lebih baik anda terus melipat pakaian. Jangan bertangguh sebab bila dibiarkan memang boleh menjadi malas. Lagi bagus kalau di rumah anda ada ruang khas untuk mencuci dan menyidai pakaian. Jadi lepas angkat anda boleh terus lipat di ruangan tersebut tanpa perlu membuat timbunan lain di dalam rumah.


sumber foto : Google Image

4. Ajak suami & anak-anak bantu
Tugas melipat pakaian bukan hanya perlu terletak di bahu ibu/isteri sahaja. Sebaliknya ia boleh diagihkan apatah lagi jika sudah ada anak yang besar. Suami juga boleh membantu meringankan beban isteri menguruskan kerja rumah. Tugas melipat pakaian antara tugas mudah yang boleh diserahkan kepada suami.

Anak-anak juga mesti diajar dari usia kecil lagi cara  melipat pakaian sendiri. Walaupun hakikatnya anda boleh 'sakit mata' melihat cara lipatan mereka tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan bebanan kerja rumah. Untuk permulaan, anda boleh minta suami dan anak-anak melipat pakaian milik masing-masing. Lama-kelamaan apabila mereka semakin mahir, mereka boleh selesaikan tugas melipat pakaian dengan mudah. Percayalah!




5. Tonton TV sambil melipat baju
Sesetengah orang tak suka melipat pakaian sebab katanya ia tugas paling membosankan. Jadi, untuk mengurangkan rasa bosan, lipatlah pakaian sambil menonton TV. Confirm, anda tak perasan pakaian yang menimbun hampir habis anda lipat apabila tamat filem yang anda tonton.


Bagi penulis, kalau boleh cuba elak daripada perihal melipat baju yang bolehlah dianggap perkara yang amat remeh sehingga menjadi punca pergaduhan yang boleh merosakkan kesejahteraan kekeluargaan dan menjejaskan hubungan intim suami isteri. - CARI Infonet



21

Bagus
17

Marah
19

Terkejut
20

Sedih
7

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 16-2-2016 04:37 PM
aku paling suka lipat baju
Quote BabyOnEarth 16-2-2016 05:01 PM
komen iols yg mmg malas nk lipat kain baju ni:
Tak sesuai
+ no 1 - sbb makan byk space n byk hanger nk kena guna. pernah try smpi tak tahu nk sangkut kat mana dah, n hubby iols bising asyik beli hanger jer
+ no 4 - lain org lain cara lipat. lg wat iols hangen tengok gaya lipat asal boleh ni
+ no 5 - awal2 nak lipat je semangat, dah syok tgk tv tu, terus tolak ketepi je bakul2 kain tu

sesuai
+ no 2 - tatau la nape tp bila asingkan t shirt, seluar, kemeja..pastu baru lipat ikut kategori iols rasa mcm efisien plak cara ni
+ no 3 - mmg sgt seswai. malangnya iols salu angkat kain timing tak kena. lepas balik keje trus angkat kain, mmg xde mood la nk trus melipat penat2 balik keje tu
Quote beldandy 16-2-2016 05:08 PM
kak ros...meh la tolong lipat baju iols

bel x cukup masa nk melipat
Quote Dwdrum 17-2-2016 01:27 AM
Tak pernah lipat bajudan tak tahu . Just hang clothes on hangers senang nak cari
Quote mokcikKSKB 17-2-2016 06:10 PM
Aku paking malas lipat baju..basuh aku suka sidai aku suka tang lipat aku malas nk mampos.
Quote Symbiosis3 18-2-2016 07:32 AM
Dwdrum replied at 17-2-2016 01:27 AM
Tak pernah lipat bajudan tak tahu . Just hang clothes on hangers senang nak cari

Tetiba ter flashback dalam minda...yang disebut dalam filem musang berjanggut ...antara perempuan dan betina


Quote Symbiosis3 18-2-2016 07:36 AM
rospinki replied at 16-2-2016 04:37 PM
aku paling suka lipat baju

bak kata orang orang Kampong Sungai mati.......Harus...kecuali mahu jadi betina.......



Quote rospinki 18-2-2016 08:16 AM
beldandy replied at 16-2-2016 05:08 PM
kak ros...meh la tolong lipat baju iols

bel x cukup masa nk melipat

motip ...reply dlm kegelapan..meh sini baju tu akak liipat..smbil tutup mata pon bole

tk suka baju kedut2 walu tk gosok tapi tkdela belonggok2 bgantungan hanger sana sini..semak
Quote rospinki 18-2-2016 08:17 AM
Symbiosis3 replied at 18-2-2016 07:36 AM
bak kata orang orang Kampong Sungai mati.......Harus...kecuali mahu jadi betina.......

...

uikkk manak...kt sini poun ada

ada baju nk lipat ke..bgi akak lipat cas dia satu bakul 10 inget jah
Quote rospinki 18-2-2016 08:22 AM
tips aku lipat baju:

aku set 30 minit mesti abis satu bakul yg melimpah ruah dan simpan siap.
Quote beldandy 18-2-2016 09:06 AM
rospinki replied at 18-2-2016 08:16 AM
motip ...reply dlm kegelapan..meh sini baju tu akak liipat..smbil tutup mata pon bole

tk su ...

keh keh keh...terang ni...manada gelap kak ros

lipat tu bel boleh la...nk susun2 tu adoiiiiaiiii
biasanya bel lipat kain bertimbun sambil tgk movie hihihihihi

Quote Symbiosis3 18-2-2016 10:55 AM
rospinki replied at 18-2-2016 08:17 AM
uikkk manak...kt sini poun ada

ada baju nk lipat ke..bgi akak lipat cas dia satu bakul 10 ing ...

Bukan nak cakap sombong atau bongkak ....cuma up diri sikit......even Manak nye tanga,thongs, boxers Bart Simpson/ Telletubies , Manak send for dry cleaning...siap ber hangers seme bila ready for collection....who needs to lipat lipat nih?

Ngengada tak?




Quote Symbiosis3 18-2-2016 10:58 AM
rospinki replied at 18-2-2016 08:22 AM
tips aku lipat baju:

aku set 30 minit mesti abis satu bakul yg melimpah ruah dan simpan siap.

Baju BUNDLES macam makcik makcik kat dalam board nih punya..boleh ler hang setengah jam dah habis sebakul......




Quote rospinki 18-2-2016 11:42 AM
Symbiosis3 replied at 18-2-2016 10:55 AM
Bukan nak cakap sombong atau bongkak ....cuma up diri sikit......even Manak nye tanga,thongs, boxe ...

secara tk langsung terserlas status jika dinilai dari thong thganga boxer..iols warga mahaein biasa pakai sluar kecik jah ngan sepender murah 5 saplomasuk skli dlm mesin steady jah..tu jam lipat elok je susun rapi ikut tema kaler
Quote rospinki 18-2-2016 11:44 AM
Symbiosis3 replied at 18-2-2016 10:58 AM
Baju BUNDLES macam makcik makcik kat dalam board nih punya..boleh ler hang setengah jam dah habis  ...

dia tk kira apa..BUNDLES ke apa jenis pun tetap skill lipat yg sama..ikuit kata smbil tutup mata bole buatla..nak tau tk umo akak 5-6 thun dh dilatih lipat kain oleh macik2 sedara diva akak kt kpg dulu..kononnya nk jadi ompuan kena tau lipat kain tapi sbnrnya senang dia nk kita tolong dia buat keja
Quote rospinki 18-2-2016 11:53 AM
beldandy replied at 18-2-2016 09:06 AM
keh keh keh...terang ni...manada gelap kak ros

lipat tu bel boleh la...nk susun2 tu adoiiiiaiii ...

hehe..akak kalu tk reply komen manak tk perasan komen adik beldandy..
bole la tu lipat smbil2 tengok tv..jgn bior dmbil menggunung itu akak pun larikkk tknak lipat..tapi akak walo tgk tv melipat tetap kejar masa 30 minit tu kna siap..saiko tak akak

Quote beldandy 18-2-2016 12:17 PM
rospinki replied at 18-2-2016 11:53 AM
hehe..akak kalu tk reply komen manak tk perasan komen adik beldandy..
bole la tu lipat smbil2 t ...

hahahah terer ah ko saiko diri sendiri kak
bel skang dh byk senang skit
hb dah belikan wardrobe open tuk anak2
so baju2 derang lepas basuh terus bel asingkan abg dgn adik n dump into lower basket.
ada free bel lipat terus masuk dlm rack

dlm bilik bel plak...sambil tgk tv lipat kain skit2..
lega byk dah

Quote rospinki 18-2-2016 02:10 PM
beldandy replied at 18-2-2016 12:17 PM
hahahah terer ah ko saiko diri sendiri kak
bel skang dh byk senang skit
hb dah belikan wardrobe  ...

tu la psal bel..lama2 memang mcm robot kak ros rasa..sebab telalu terikat ngan tugas..tu psal set kan satu2 masa tu utk tugas  tertentu..50/50 la persen dgn riadah/rehat diri..

nak menyenangkan tugas umah, kena bijak susun dan sistem yg mudah..mcm akak takdela hubby belikantapi sendiriewler yg inisetip siapkan wardrobe khas utk ke4 budak..still kena lipat biar diorg kena makesure susun in place untuk elak kena maki bila warden (kak ros) spot check

utk dak kecik 2 og tu plak siapkan lemari 2 compartment sorg cukup mudah capai diorg..smua tepi2 tu je smbil duduk rehat smbil kemass baju diorg..pastu belikan besi utk hanging baju kt luar ngan lemari utk simpan selai dua baju akak.

lagi satu..time melipat tu susun siap2 baju si adik..si kakak..si angah..si kecik ..si bapak dia.tkdela pening2 masa susun/simpan.


Quote beldandy 18-2-2016 04:32 PM
rospinki replied at 18-2-2016 02:10 PM
tu la psal bel..lama2 memang mcm robot kak ros rasa..sebab telalu terikat ngan tugas..tu psal set  ...

kak ros...bab tu kan adoiiii
bilik anak dara tu senang je nak maintain kemas
tp bilik anak jantan sorang tu amboi makkkkk
macam kena ribut
semlm kemas arini dah taufan
buku penuh atas katil...cemana dia tidur?
bila bel marah dia ckp apa tau?
" mommy, abang dah kemas buku2 tu tapi abang tidur lasak. habis buku2 tu jatuh atas tilam abang!"
ko tak tensen ke....

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.166053 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top