Oleh Adib ZA
Sememangnya anak-anak adalah pemangkin masa depan negara. Untuk membentuk mereka ke arah kebaikan, bukan satu tugas yang mudah. Para ibu bapa haruslah memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan anak-anak mereka sentiasa berada di landasan yang betul. Sedih bila membaca luahan seorang netizen ini. Dia terpaksa masuk ke kafe siber kerana tidak dapat menggunakan laptop miliknya yang rosak. Di situ, dia berasa tersentuh melihat anak-anak muda seperti berada dalam dunia sendiri, leka bermain permainan online di komputer masing-masing. Bermain 'games' sudah tentu tidak salah, namun jika ia berlebih-lebihan sehingga melupakan pelajaran sudah pasti ia bukan satu perkara yang bagus.
Ditambah pula dengan tiadanya pantauan ibu bapa dalam hal ini. Anak-anak seolah terbiar melakukan apa sahaja sesukanya. Netizen ini berasa sedih kerana anak-anak ini juga bercakap menggunakan bahasa yang kasar dan lucah. Seperti sudah sebati dalam diri mereka. Di manakah ibu bapa mereka ini? Adakah mereka tahu apa yang sedang dilakukan oleh anak mereka? Benarlah kata-kata netizen ini yang memetik madah oleh Saidina Ali r.a "Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini." Semoga anak-anak ini masih tidak terlambat untuk dibentuk, menjadi seorang individu yang boleh berbakti kepada ibu bapa mereka, keluarga, agama dan bangsa. - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT