Oleh Adib ZA Siapa sangka dalam sebuah penjara di Mexico, pihak berkuasa menemui pelbagai peralatan mewah yang menjadi kelengkapan di situ.
Penjara Topo Chico yang mengalami rusuhan antara banduan tiga hari lalu, menyaksikan 49 banduan terbunuh dalam pergaduhan itu. Ketika pihak polis menjalankan pemeriksaan, mereka terkejut menemui katil kelamin, TV skrin rata dan ruang mandian mewah di bilik penjara yang menempatkan ketua kartel dadah Zetas, Ivan Harnadez Cantu. Malah, ketika kekecohan berlaku, seorang wanita turut bersama penjenayah itu di sana. Dalam pada itu, penjara itu turut didapati memiliki bilik tahanan yang lengkap dengan penghawa dingin, peti sejuk mini, TV digital, akuarium dan sauna mudah alih.
Bukan itu sahaja, penjara itu turut mempunyai medan selera, kedai runcit dan juga bar minuman yang dikenalikan oleh tahanan penjara. Bagaimanapun pihak polis berkata semula kelengkapan dan barangan itu sudah dirampas. - CARI Infonet Baca selanjutnya: Sinar Harian |
Parit.Hilton: teringat Prison Break season 2.
Jerambut replied at 17-2-2016 12:00 AM
serius. Tambah2 part perempuan pun ada tu.
Bukan pasal interesting bab gitu-gitu.
Tapi memiki ...
manjalara_01 replied at 23-6-2016 05:46 PM
ketua kartel bff dgn ketua polis la...ape lagi...
Muntz replied at 23-6-2016 05:51 PM
Takleh imagine lar kalau semua duduk dalam penjara yg crowded, pastu memasing sangap. Camner lah dio ...
Jerambut replied at 24-6-2016 12:33 AM
tu la dia. Macam satu movie komidi pasal penjara.
Ada satu inmate baru masuk, lalu satu tranny, g ...
ADVERTISEMENT