CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ini Cara Rusia Ajar Pengedar Dadah Erti Penyesalan. Selayaknya Ke Tidak?

16-2-2016 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8290| Komen: 19


Oleh : Dean BZ



Militan Pro Rusia telah melakukan satu pelaksanaan hukuman ala-ala ISIS selepas mendera dan memukul seorang pengedar dadah yang kini dipercayai telah mati.

'Hukuman' keras itu berlaku di bandar Communar, Donetsk Oblast, di selatan Ukraine, yang kini diduduki oleh pemberontak pro-Rusia.

Video yang mengejutkan menunjukkan seorang pengedar dadah sedang diseksa kini telah tersebar luas di internet.

Ia menunjukkan seorang lelaki diikat dengan pita merah dan dia berulang kali disebat dengan kabel elektrik.


Sebatan itu telah dilakukan oleh militan dikenali sebagai 'Olkhon' dari bandar Rusia tengah Novosibirsk yang datang ke Communar .

Satu suara di latar belakang video itu berkata: 'Penggambaran f ****** telah bermula. Ini adalah azab bagi seorang pengedar dadah".

Lelaki yang diseksa itu dilaporkan hilang dan kini dipercayai telah mati. Video ini telah disiarkan dalam talian oleh komuniti rasmi pemberontak pro-Rusia di rangkaian sosial mereka, Rusia Vkontakte. 

Apa pandangan anda dengan tindakan pro-Rusia ini? 

Pada pandangan penulis, selayaknya lah pesalah dadah diperlakukan seperti itu. Memang nampak kejam hukuman itu tetapi sekurang-kurangnya biar menjadi pengajaran pada pengedar dadah yang lain. Jika di Indonesia dan Thailand, pengedar dadah akan ditembak mati di kepala.   - CARI Infonet.


AMARAN : Jangan tonton video ini jika anda lemah semangat


Sumber  : dailymail


*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.


18

Bagus
9

Marah
24

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 16-2-2016 01:11 PM
dekat Malaysia hukum mati je
Quote ChildrenOfBodom 16-2-2016 01:57 PM

di iran aman2 adja gantung di kren

Quote dani-rox 16-2-2016 03:45 PM
Baik la ko mati. Masuk jel rusia yg strict nak mamps tu pon, ko akan berharap utk mati jua.
Quote mesmerize 16-2-2016 03:56 PM
best tajuk thread ni.. ai suker
tahniah reporter cari, dah makin kelakar skrg
Quote XxNotTruexX 16-2-2016 03:56 PM
Edited by XxNotTruexX at 16-2-2016 04:16 PM

Jika Najib Razak dihukum juga seperti ini .. maka saya yakin PM-PM Malaysia masa hadapan tak akan berbuat rasuah lagi seperti dirinya  ....
Quote mattzzx 16-2-2016 04:08 PM
agaknya golongan mereka tu takut tak dengan hukuman sedemikian....?
Quote ad_hoc79 16-2-2016 04:10 PM
kenapa bila aku tgk gambor gantung guna kren, aku terus pening?
Quote Skuau 16-2-2016 04:35 PM
XxNotTruexX replied at 16-2-2016 03:56 PM
Jika Najib Razak dihukum juga seperti ini .. maka saya yakin PM-PM Malaysia masa hadapan tak akan be ...

Jgn lupa juga,pendatang haram patut dikenakan hukuman seperti ini.
Quote skinsandstars 16-2-2016 09:01 PM
Tajuk power. Cerita interesting. Keep up the good work!
Quote batmana 16-2-2016 09:50 PM
takat sebat cmni, manala pengedar dadah pandang..
cm hukum gantung kt malaysia ni, gantung dlm bilik tertutup.

patut buat kt dataran merdeka,
pancung kepala pengedar ni smpai jatuh bergolek atas tangga dataran.

barula semo org takut smpai mati.
Quote minah_kidal 17-2-2016 08:44 AM
bagusla tu. biar rasa azab sket
Quote coklatbutter 17-2-2016 10:29 AM
patut yg khianat negara makan rasuah billion2 kena sebat macam ni depan anak bini dia
Quote mizkajura 17-2-2016 10:51 AM
fuyoooo. takut tgk. tp mengenangkan "jasa" yg dia buat....puii
Quote amira_safia 17-2-2016 10:54 AM
memang patut pun, kalau Malaysia buat macam ni pun bagus  ... tak adalah penagih dadah melambak2 kat Malaysia ni ... pengedar2 ni memang patut kena tembak atau buat cara macam ni sebab dorang ni lah lahanat yang merosakan  ...  
Quote gbam 17-2-2016 11:06 AM
kalau tengok berita tv hampir setiap hari ada rampasan dadah dari makmal dadah oleh pasukan dadah stag bukit aman dan tangkapan dibuat, yang herannya aku tak pernah lihat di berita tv, si polan yang membuat makmal dadah dihadap ke mahkamah dan dikena hukuman gantung? yang selalu dihadap ke mahkamah ialah pengedar kecil-kecilan seperti mamat afrika, orang tempatan hanya kerana mengedar beberapa gram dadah.

baru semalam rampasan pil kuda terbesar di kelantan oleh pasukan stag bukit aman dan beberapa orang ditangkap. ko orang follow up kes ni, adakah beberapa orang ni akan dihadap ke mahkamah atau dilepaskan/bail out saja.
Quote famri7 17-2-2016 11:09 AM
Cash la sis..biar mampus jah set2 sampah ni bazir oxygen elohim jah.
Quote Artemesiaa 17-2-2016 11:19 AM
Kalau didedahkan cara sebegini baru boleh jadi pengajaran buat yg lain agar tak buat pekara yang sama dan merosakan masyarkat.  
Quote chinta89 17-2-2016 03:31 PM
wow.. tajuk semakin bagus skg ni.. kipidap wartawan cari di kelas tersendiri
Quote kemaruk 17-2-2016 03:35 PM
reporter cari dah berasimilasi dengan budaya CI

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.137914 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top