CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Atasi Masalah Haid Tidak Menentu Dengan Petua Ini

12-2-2016 07:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5913| Komen: 9


Oleh : Dean BZ


Datang bulan tidak menentu atau haid tidak teratur sering menimbulkan kebimbangan dikalangan wanita.

Apa tidaknya, masalah haid tidak teratur adalah masalah serius dan tidak boleh ambil mudah kerana ia juga melibatkan tahap kesuburan seseorang wanita. Haid yang tidak lancar boleh memberi kesan besar kepada kehidupan seorang wanita terutamanya bagi wanita berkahwin yang ingin mendapatkan anak.


Punca-punca Haid tidak menentu

1. Penambahan berat badan secara mendadak ataupun penurunan berat badan secara mendadak. Obesiti juga boleh menyumbang kepada masalah menstruasi/ haid.

2. Penyakit gangguan pemakanan seperti Anorexia Nervosa atau Bulimia Nervosa.

3. Pertambahan rutin senaman. Sangat selalu berlaku dikalangan atlit sukan.

4. Tekanan emosi disebabkan masalah peribadi dan sebagainya.

5. Kesakitan atau mengalami penyakit seperti kanser.

6. Perjalanan jauh. Terutamanya yang memakan masa panjang, perlu menghadapi perubahan persekitaran yang mendadak, perubahan zon waktu dan sebagainya.

7. Pengambilan ubat contohnya pil perancang kehamilan yang boleh sebabkan period jadi sedikit, jarang-jarang, lebih kerap, haid tak hadir ataupun langsung tak datang.

8. Masalah hormon. Ini menyebabkan hormon yang mengawal kitaran haid terjejas.

9. Penggunaan dadah terlarang.

10. Masalah pada organ pelvik seperti imperforate hymen (tiada lubang bukaan faraj yang menyebabkan haid tidak dapat keluar), polycystic ovary syndrome ataupun PCOS (masalah ketidakstabilan hormon yang mengganggu ovulasi), Asherman’s syndrome (masalah pada dinding uterus) ataupun uterine fibroid (ketumbuhan dalam rahim).


Atasi masalah haid tidak teratur dengan cara alami ini, dipetik dari petuanenek.com :


Cari secekak daun inai muda, kemudian ditumbuk sedikit kemenyan sehingga lumat. Kemudian di tapis keluar airnya. Campurkan air ini dengan sedikit air suam untuk diminum, 

Minumlah ubat ini sebelum dan selepas kedatangan haid. InsyaAllah kedatangan haid kembali seperti biasa. Selamat mencuba - CARI Infonet.

12

Bagus
36

Marah
21

Terkejut
17

Sedih
26

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ciskek.leleh 12-2-2016 07:47 PM
meolss mmg period irregular, tp nk kata susah hamil, xla..prnh je preggy, cuma takat 2bulan jela..
tp prnh terbaca, rebuskan:
air 4 cawan
halia ketukkn
serai ketukkn
asam keping gula melaka..rebus smpai jd 2 cawan air & minum & make sure minum lps hbs period, skali dua je..untuk Cuci & jg dalaman kita..boleh rawat angin dlm badan
Quote iyanie 13-2-2016 12:09 AM
Detail kan lagi boleh? Hihi Minum 1kali 1hari ke?
Quote rokarina 13-2-2016 01:48 AM
ciskek.leleh replied at 12-2-2016 07:47 PM
meolss mmg period irregular, tp nk kata susah hamil, xla..prnh je preggy, cuma takat 2bulan jela..
...

Betul ke u. Rina nak cuba tapi takut
Quote rokarina 13-2-2016 01:51 AM
Betul ke petua ni. Kang try berbuih mulut..ada ke minum air inai
Quote ciskek.leleh 13-2-2016 10:22 AM
rokarina replied at 13-2-2016 01:48 AM
Betul ke u. Rina nak cuba tapi takut

yg ni more to dalaman wanita..meolsss wktu pantang gugur ritu, mak buatkan mcm ni, cuma dia x letak serai. uNtuk buang angin, pstu lancarkan darah..ni lps hbs period meolss nk wat gini gak
Quote aryn_mz 16-2-2016 12:38 PM
ciskek.leleh replied at 12-2-2016 07:47 PM
meolss mmg period irregular, tp nk kata susah hamil, xla..prnh je preggy, cuma takat 2bulan jela..
...

sy masukkan kunyit hidup...serai tk masuk...halia...asam jawa...rebus smpi jd secawan...minum...
kalo nk sedap buh madu skit...tgh try utk senggugut...
Quote haryatie 17-2-2016 11:09 AM
kemenyan
ni kemenyan yg tok bomoh bakar2 tu ker..
boleh ke buat campur dlm minuman
kang terbako lak perut..
inai tu biasa la dengar..pernah rasa pahit tu..
Quote LingTong1999 19-2-2016 08:17 AM
Petua apa ni?
Quote Lemon_juice 18-7-2016 05:49 PM
Dulu pernah try tp x tertelan sbb rasa geli je nk minum..huhu..last2 nenek iols gentel2 daun inai wat mcm makjun.tu pon ngelat2 jugak nk telan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049507 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top