CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

9 Tips Penjagaan "Miss V" Untuk Kekal Sihat Dan Bersih

12-2-2016 06:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5561| Komen: 0


Oleh : Dean BZ


Sering kali wanita mengabaikan kesihatan dan kebersihan organ intim kewanitaan mereka mungkin kerana ia terlindung. Banyak tips membersihkan vagina secara alami dan dapat anda lakukan sendiri dirumah. 

Berikut adalah beberapa cara untuk menjaga kebersihan vagina agar sentiasa terhindar dari bakteria dan kuman.

1. Ketika anda membasuh vagina, pastikan cara membilas adalah dari arah depan ( vagina ) ke belakang (dubur). Ia adalah untuk menghindari  bakteria atau kuman dari dubur ke vagina. Gunakan air bersih jernih untuk membasuh vagina, anda juga boleh menggunakan air suam untuk membasuh ditempat sulit itu.


2. Pastikan vagina sentiasa kering setelah selesai membuang air kecil atau buang air besar. Keringkan terlebih dahulu vagina anda sebelum anda memakai seluar dalam. Ini kerana jika vagina anda lembab,  bakteria dan kuman akan mudah tumbuh dan membiak.

3.  Menukar seluar dalam minimum 2-3 kali sehari. Seluar dalam yang basah/lembab memberi peluang pembiakan kulat.

4. Memakai seluar dalam yang tidak terlalu ketat, agar  udara disekitar organ intim anda bergerak dengan baik dan organ intim anda tidak terasa panas dan berpeluh. Gunakan seluar dalam yang diperbuat dari kapas yang mampu menyerap peluh dengan baik.

5. Ketika anda sedang datang bulan, sentiasa menukar tuala wanita setiap 4 jam sekali. Ini kerana selama darah kotor mengalir keluar akan menjadikan vagina sebagai tempat pembiakan bakteria.


6. Jangan menggunakan bedak pada organ kewanitaan anda walaupun tujuan anda untuk membuat vagina anda berbau wangi. Bedak memiliki molekul yang lebih halus dan cepat diserap oleh cairan yang keluar dari tubuh. Bedak akan menempel pada dinding vagina dan vulva yang dapat menyebabkan kuman mudah hinggap.

7. Gunakan panty liner ketika anda mengalami keputihan. Hal ini bertujuan agar keputihan yang anda alami tidak meninggalkan kesan pada seluar dalam dan menjadikan seluar dalam anda lembab.

8. Jika anda selesai melakukan hubungan seksual, segeralah mencuci bahagian luar vagina anda sehingga bersih. Ini bagi mengelakkan kekotoran dari luar melekat di vagina.

9. Perbanyakkan meminum air putih minimum 8 – 10 gelas sehari.

Pastikan sista mengikut setiap tips diatas jika inginkan kesihatan dan kebersihan "Miss V" anda sentiasa berada ditahap yang baik. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. Vagina sihat dan bersih, suami pasti sayang. - CARI Infonet.






14

Bagus
9

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
13

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.041275 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top