CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mana Lagi Berbaloi, Ambil Ijazah Atau Lesen Memandu Lori?

12-2-2016 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19054| Komen: 73

Description: Kini menjadi trending mengenai perbezaan gaji bagi yang bekerja di pejabat dan pemandu lori.

Oleh : Dean BZ


Kini menjadi trending mengenai perbezaan gaji bagi yang bekerja di pejabat dan kerjaya sebagai pemandu lori. 

Jika dulu ramai yang memandang rendah pada kerjaya sebagai pemandu lori dan seangkatan dengannya, kini ramai sudah mula celik bahawa gaji sebagai pemandu lori jauh lebih besar dari bekerja di pejabat. 

Statistik perbezaan gaji tersebut mungkin dibuat melalui tinjauan dan kaji selidik dari orang ramai. 


Sesetengah berpendapat, pendapatan pekerja yang tidak memiliki ijazah atau diploma adalah lebih mewah berbanding mereka yang bekerja di pejabat kerana kebanyakan pemegang sijil diploma dan ijazah mempunyai beban hutang pinjaman pendidikan selain gaji yang tidak seberapa. 

Bagaimanapun, disudut lain pula rata-rata pemegang diploma dan ijazah menyatakan ilmu dan kemahiran adalah lebih penting dalam kehidupan berbanding mengejar duit semata-mata. Bekerja dipejabat lebih santai dan tidak memerlukan tenaga yang banyak tetapi perlu memerah otak dalam sesuatu tugas. Masa terluang juga lebih banyak berbanding kerja dengan gaji lumayan tetapi masa banyak dihabiskan dengan bekerja sahaja.

Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri, apa pun nasihat penulis kejarlah ilmu walau apa pun kerjaya anda kerana ilmu sangat penting dalam sebuah kehidupan. 

Akhir sekali, jangan sesekali memandang rendah pada kerjaya seseorang kerana setiap insan telah ditetapkan kelebihan dan rezeki masing-masing. Hanya cara dan tempat sahaja yang berbeza. Kadang-kadang, penjual nasi lemak ditepi jalan lebih kaya dari pengawai yang memakai tali leher ke pejabat. Jadi hormat menghormatilah antara satu sama lain. - CARI Infonet.





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.




13

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
10

Sedih
5

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zach2008 12-2-2016 04:38 PM
Ambik ijazah... carik ilmu.
Dlm masa yg sama ambik lesen lori.
Mula2 jd la drebar lori... sethaun dua mesti nak aim jd pemilik sykt lori
Quote abangbikerz 12-2-2016 04:43 PM
Org dungu dgn jumud jer yg anggap keje2 pejabat ni berduit.

Quote kemaruk 12-2-2016 04:44 PM
nape hari ni @CARI-IIN takde?

bangkem rindu dengar suara iin
Quote qronaldo7 12-2-2016 04:53 PM
kalau tgk comparison tu driver lori lg masyuk.

antara high risk n low risk aje la.
Quote irwansuhadi 12-2-2016 04:57 PM
tapi sanggup ke pemegang2 ijazah, master, phd nih bersengkang mata menggunakan tulang empat kerat untuk mencari rezeki. memang betul, kerja2 fizikal ini memang memberi pulangan yang besar sebab takde orang yang nak buat. cuma tinggal, sanggup ke tak sanggup je.
Quote CARI-IIN 12-2-2016 05:00 PM
kemaruk: nape hari ni  @CARI-IIN  takde?bangkem rindu dengar suara iin

Ya, CARI-IIN ada di sini. Klik http://mforum1.cari.com.my/portal.php

Bangkem sudi-sudilah baca artikel lain di portal CARI
Quote kemaruk 12-2-2016 05:03 PM
CARI-IIN replied at 12-2-2016 05:00 PM
Ya, CARI-IIN ada di sini. Klik http://mforum1.cari.com.my/portal.php

Bangkem sudi-sudilah baca ...

eh, iin reply komen bangkem la

hai.. em.. hehe.. uh, erm.. iin dah makan?

tak balik kampung ke cuti ni?
Quote PanjangCool 12-2-2016 05:03 PM
xpayah banding laa.
Cerita dia pasal ilmu.
Ilmu tu luas. gaji soal lain.
Ko dh mindset belajar tinggi2 dpt gaji besar sapa suruh.
Ilmu boleh diperluaskan setiap hari boleh cipta pengalaman baru.
Masing2 ade kelebihan.
Ko bising2 baik jadi drebar lori
cite dia ko larat ke ko nk hadap keje macm dieorng??
Fizikal diaorng nk banding dengn ko???
Cer kabo sikit.
Quote GhostWalking 12-2-2016 05:07 PM
PanjangCool replied at 12-2-2016 09:03 AM
xpayah banding laa.
Cerita dia pasal ilmu.
Ilmu tu luas. gaji soal lain.

setuju dengan panjang
Quote rospinki 12-2-2016 05:12 PM
memang betul..pernah sorg buyer ni budak ganu rupa selebet je upa..sekali tengok payslip dia bawak lori haulier..omangaiii ..ikut trip la..basic kecik je dlm seribu lebih..pastu o.t pastu trip..total masih dlm 7-8k sebulan..tapi kena pulun kejar trip..yg tk tahan takle ler nk dpt mcm tu..
Quote MeghanK 12-2-2016 05:18 PM
kekdah nya kalau jenis nak compare ada degree gaji sikit, drebar lori gaji banyak susah la
dah tu kalau semua pakat nak jadi drebar lori, sapa pulak nak keje ofis

semua ada tugas memasing..hatta tukang sapu sampah pon ada kerja sendiri..nak kira berbaloi tak berbaloi, lebih baik duk mereput kat rumah mak bapak dari kecik lagi..lagi berbaloi, duit tak kuar satu sen pon
Quote Parit.Hilton 12-2-2016 05:21 PM
orang amik degree master phd bukan sebab kejar gaji.

sebab ilmu tu.

mungkin ada la setengah yg fikir ada pendidikan dapat kerja gaji besar. tapi, tak semua.

kerja bawak lori tak de life oiii.

pastu biasanya bawak lori banyak bini.
Quote ketekodok 12-2-2016 05:22 PM
srp la berbaloi......boleh jadi mb.....
Quote mommymonster82 12-2-2016 05:24 PM
PanjangCool replied at 12-2-2016 05:03 PM
xpayah banding laa.
Cerita dia pasal ilmu.
Ilmu tu luas. gaji soal lain.

terbaik....

ilmu tu yang penting..
kalu nak fikir duit melacur pon boleh gaji banyak jugak....
Quote katak hijau 12-2-2016 05:28 PM
Parit.Hilton replied at 12-2-2016 05:21 PM
orang amik degree master phd bukan sebab kejar gaji.

sebab ilmu tu.

betul..travel utara ada bini tunggu..travel selatan pun ada yg menanti..tp laki boleh kawen sampai 4 kan? cukup la utara selatan timur n barat
Quote tobby 12-2-2016 05:28 PM
berapa kerat jer drebar lori gaji gitu. contohnya drebar bas express...  trip dah ler jauh2.  klu dapat pun gaji gitu dah tentu susah sikit nak jumpa anak bini. sama mcm yg kerja off shore. so setimpal la dgn pengorbanan yg mrk buat HARI HARI.
Quote HannahMontana 12-2-2016 05:29 PM
Bergantung kpd prinsip


kalau anda meletakkan ilmu ditempat pertama ,anda akan fikir pendidikan lebih utama .

kalau anda merasakan hidup perlu realistik ,antara keperluan hidup dan keinginan ,mungkin anda akan mengikut arus percaturan hidup anda sendiri ,bekerja tanpa kelayakan tertentu sudah memadai asalkan bijak membuat keputusan !
Quote sarahmirza 12-2-2016 05:29 PM
Membazir sambung belajar. Di Malaysia tak ada ijazah pun boleh jadik menteri...
Quote HannahMontana 12-2-2016 05:31 PM
Parit.Hilton replied at 12-2-2016 05:21 PM
orang amik degree master phd bukan sebab kejar gaji.

sebab ilmu tu.

Paris Hilton , nice to meet u doll

Diknah rasalah kannnnnn.......Paris Hilton lagi lah xsuka sekolah

kaya saja......


Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.066070 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top