Oleh Izzah Abbasy
Memandu kereta manual pasti melecehkan dan sukar bagi individu yang tidak berkebolehan untuk memandu kenderaan manual berbanding auto. Tetapi, memandu manual lebih berbaloi kerana ia menjimatkan penggunaan bahan bakar dan prestasi kenderaan lebih mantap dengan transmisi manual. Namun, ada beberapa tabiat yang sering dilakukan oleh pemandu kenderaan manual dan ia merupakan kesalahan yang besar. Berikut penjagaan kenderaan manual yang dikongsikan oleh Careta.my supaya pemandu manual tidak melakukannnya semasa memandu. - CARI Infonet 1. Jangan gunakan tombol gear sebagai tempat meletak tangan. Bila anda menukar gear, anda sebenarnya menekan selector fork atau lidah pemilih ke atas satu komponen kolar berpusing (rotating collar) yang akan masuk ke nisbah gear mana yang kita mahukan. Ini bermakna, setiap kali ada tukaran gear, akan berlaku geseran pada selector fork tersebut tetapi hanya sekejap kerana ia berlaku apabila kita menukar gear sahaja. Tetapi sekiranya tangan anda sentiasa menekan tombol gear, geseran akan sentiasa berlaku pada selector fork dan rotating collar dan kadar haus akan lebih cepat berlaku pada komponen-komponen tersebut. 2. Jangan biarkan transmisi berada dalam gear ketika menunggu lampu merah Letakkan gear dalam neutral dan lepaskan pedal klac. Throw out bearing akan bergeser dengan spring diafram pada klac. Jika klac sentiasa ditekan ketika menunggu lampu bertukar ke hijau, anda akan mengakibatkan kadar haus yang tidak diperlukan pada bering dan komponen klac anda. 3. Jangan gunakan klac untuk menahan kereta dari menggelusur di bukit Mungkin ini nampak cool tetapi sebenarnya anda “membakar” plet disk klac anda, terutama pada kenderaan dengan tork tinggi seperti trak pikap dan kereta berprestasi tinggi. 4. Jangan tekan minyak bila kelajuan enjin rendah dan berada di gear tinggi. Jika anda lakukan begini selalu, anda memberi tekanan lebih kuat kepada enjin, dan ini akan menghauskan komponen enjin dan meningkatkan penggunaan minyak. Gunakan nisbah gear yang betul, bermakna, turun gear untuk memecut. Jangan malas! 5. Jangan rehatkan kaki di atas pedal klac Jika anda buat begini, klac anda mungkin tidak berada dalam keadaan rehat sepenuhnya dan ia akan menghauskan plet-plet klac. Anda juga tidak akan menggunakan sepenuh tenaga dari enjin, dan ini akan mengakibatkan pembaziran bahan bakar.
|
20
Bagus |
21
Marah |
17
Terkejut |
31
Sedih |
27
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sabar_sabariah replied at 12-2-2016 04:21 PM
good info! aku prefer manual dari auto. kalo bawak auto, senang je aku rasa nak sondol keta depan.
kentel replied at 12-2-2016 04:25 PM
rugged nye ladies bwk manual
sabar_sabariah replied at 12-2-2016 04:33 PM
ramai je pompuan leh bawak manual,
tapi ramai gak yg jahil manual.
pakai keta mekap macam ...
kentel replied at 12-2-2016 04:41 PM
hahaha...gadis litar rupanya
Artemesiaa: Pandu manual ni sakit time kesesakan jalanraya je lengoh kaki wei apa pun good info
shernazz replied at 12-2-2016 11:16 PM
ahkak bawak auto..hur hur...
bawak manual time blajo kete je..
hahaha
turboturtle replied at 12-2-2016 11:46 PM
Ahkak igt lg ke bwk manual..
shernazz replied at 12-2-2016 11:51 PM
ontah lah..
xyakin rasanya..huhu
kang terkandas tengah jalan...hahaha
ADVERTISEMENT