CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

BIN, BINTI dan BTE Tiada Kaitan Dengan Agama Islam?

11-2-2016 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14966| Komen: 38


Oleh : Dean BZ

Gambar sekadar hiasan


Beberapa tahun lepas terdapat pertikaian mengenai gelaran penggunaan Bin dan Binti yang timbul antara bumiputera Sabah dengan Pejabat Pendaftaran Negara (JPN), terutamanya melibatkan orang Asli yang menggunakan BIN dan BINTI walaupun bukan Islam.

Terjadi pertikaian yang menyebabkan beberapa "kenyataan sejarah" mengenai BIN, BTE dan BINTI telah dipaparkan. Ada yang mendakwa penggunaan BIN, BTE dan BINTI tiada kaitan dengan agama Islam dan berasal dari pemerintahan British pada masa dulu. Betul ke?


Difahamkan, BTE adalah singkatan untuk B=Belong, T=To dan E=Eve. Ini kerana pada pandangan masyarakat Barat di Eropah dulu, wanita itu adalah keturunan Eve @ Hawa iaitu isteri kepada manusia pertama Adam. Singkatan ini kemudiannya dirasakan tidak begitu sesuai dengan pandangan masyarakat di Nusantara dan kemudiannya digantikan dengan "BINTI".

BIN adalah B= Belong, I=In dan N=Name (merujuk kepada nama keturunan keluarga) dan BINTI pula adalah B=Belong, I=In, N=Name, T=To dan I=Initial (ini kerana bagi wanita mereka sekali saja dapat menggunakan nama keluarga mereka, selepas itu anak-anak mereka akan menggunakan nama keluarga bagi suami mereka).

Ini adalah warisan kita dari zaman pemerintahan British dulu dan ianya tiada kaitan dengan agama Islam. Ini siapapun boleh menggunakannya TETAPI para pagawai di Jabatan Pendaftaran Negara yang tidak tahu sejarah asal usul penggunaan BIN, BINTI dan BTE itu telah mengatakan bahawa ianya menunjukkan seseorang itu penganut agama islam.

Namun kenyataan diatas disangkal dan ada yang mendakwa penggunaan BIN dan BINTI sememangnya disyariatkan di dalam agama Islam. "Binti"  berasal dari perkataan Arab aitu kata dasar bagi "bintun" bermaksud 'anak perempuan kepada' manakala "bin" dari kata asal "ibnu" yang bermaksud 'anak lelaki kepada'.


Apa pandangan anda mengenai perkara ini? - CARI Infonet.






*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.


4

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 11-2-2016 04:25 PM
betulla...tiada kaitan dgn ugamapun...
org sabah semua pakai Bin/Binti sejak dulu lagi, takira bangsa apa, ugama apa....
Quote boyagombak 11-2-2016 06:11 PM
Kalau nama panjang Mohd Haikal NurFifi Fuyoh Mustakim Parjo, kalau xdak bin, susahla nk beza nama sendiri dgn nama ayah.

~ Mohd Haikal Nurfifi Fuyoh Bin  Mustakin Parjo
Parit Benut
Pontian
Quote lesprincesse 11-2-2016 08:08 PM
Yg ai tahu bin and binti ni tak wajib. And asal yg i tahu memang derived from arab. Cam bin laden
Quote cmf_conan 11-2-2016 09:33 PM
So boleh la guna ali a/l abu gitu??
Quote faraway1 11-2-2016 11:28 PM
lama dah drop binti ..
Quote misscendol 11-2-2016 11:46 PM
Ade pulak org cter kalau xde bin@binti maknanya ayah die bukan ayah kandung. Pfffttt aku pon pcyaa
Quote lorelai 12-2-2016 01:33 AM
Lol memandai2nya bg acronym tp x betol plak tu grammar....
Quote lorelai 12-2-2016 01:34 AM
Belong in name to initial.. wadahel.. binti means anak pompuanku.. bin keturunan
Quote mommymonster82 12-2-2016 04:25 AM
my fren kawin ngan mamat kokesyen...nama anak xletak bin atau bt letak surname jer..bila gi klinik or mana2 semacam jer pandangan dorng n soklannya..xkan xde bin..nama bapak xde ke bla3...

bin kan boleh juga jadi ibnu,,,binti kan boleh gak jadi bintu... ibnu anak lelaki..bintu anak perempuan bahasa ereb..
Quote Jerambut 12-2-2016 06:37 AM
Belong In Name?
Belong To Eve?

apa teruk na English nya ni?
Quote swimswim 12-2-2016 06:45 AM
Pandai la, osama bin laden tu apa. Teori berasaskan andaian2 sendiri. Rujukan dgn fakta xde.

Arabic pun ada la binta bintun semua
Quote zeed 12-2-2016 07:04 AM
cmf_conan replied at 11-2-2016 09:33 PM
So boleh la guna ali a/l abu gitu??

I memang penah jumpa.. sheik abu a/l sheik ahmad. Bukan islam uols.tp nama bau2 arab syumul..huhuhu..
Quote SitiRopeah 12-2-2016 11:08 AM
Edited by SitiRopeah at 16-2-2016 08:50 AM

Bukan jpn dah letak guideline baru ke?
Semua orang islam di malaysia kena buh bin dan binti.
Kalau anak tak sah taraf akan 'omit' bin/binti.
Sebab apa?
Sebab dah banyak sangat kes anak tak sah taraf ni.
Selain itu Sebab nak menjaga nasab dan aib..  (Nama juna anak pin tu camner eh?..)
Quote oranjes 12-2-2016 11:17 AM
hmmm..kalu nk ikut bin lebih dekat dgn ben dlm hebrew....kan sabbath salom kan... dari ibnu
yg pentingnya kat msia dh diguna pakai sejak zaman sebelum merdeka lagi pengunaan bin binti bukan khas utk islam saja... takkan itu pun salah...
yg kerani jpn pun kalu tatau rujuklah akta ke undang2 ke kalau yg ada termaktub pengunaan bin binti khas utk org islam sahaja
Quote MissNigga 12-2-2016 11:23 AM
habis tu  .. megapa kokesn tak pakai bin or binti..

tak pernah lak iols nengok kokesen letak nama macam :

Patrick Bin Smith ....
Sarah Binti Jacobsen...

???
Quote oranjes 12-2-2016 11:39 AM
ada lah...david ben gurion contohnya... atau ron ben isreal pastry chef dlm cake wars tu
Quote oranjes 12-2-2016 11:40 AM
SitiRopeah replied at 12-2-2016 11:08 AM
Bukan jpn dah letak guideline baru ke?
Semua orang kena islam di malaysia kena buh bin dan binti.
...

balik2 nak susahkan hidup anak tak sah taraf luar nikah tu..bkn dia yg salah pun... peraturan apa mcmni effect hidup budak tu masa depan
Quote ira79 12-2-2016 11:50 AM
tak pernah pun jumpe mana2 matsalleh ade nama bte atau bin..
Quote oranjes 12-2-2016 12:48 PM
sebabnya dorang dah ubah ke family name...jaman dulu pun dorang pakai patronymic name jgk... pak arab yg dijunjung pun dh stat pakai family name... contoh al saud...
icelandic (swedish etc) name pun patronymic..cuma dia tk pakai bin.... dia pakai ...son kat ujung nama..sbb tu tade omputih yg pakai bin..kecuali keturunan jewish totok lah...jewish moden pun dh pki famly name...kat malaysia melayu pun ada pki family name... contoh hashim clan... jeslina hashim sume tu..bapak dia bukan hashim.... walaupun bkn official name tp dh sebutan

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.060517 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top