Oleh Fyruz Hanna LONDON : Seorang ibu yang dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth pada 2013 pada mulanya diberikan epidural. Namun selepas 2 jam cubaan untuk meneran mengeluarkan bayi tidak berhasil, doktor membuat keputusan untuk melakukan pembedahan dan mengeluarkan epidural tetapi tidak pula memberikan anaesthetic tambahan buat ibu tersebut. Ibu itu yang kini mempunyai 2 anak memyifatkan kesakitan yang dialaminya seperti 'pisau tajam membelah perutnya' semasa pembedahan tersebut dilakukan dan selepas itu barulah dia diberikan ubat penahan sakit.
Menurut peguamnya, apa yang dilalui oleh Patricia Wakeford adalah satu yang amat mengganggu lebih-lebih lagi ketika melahirkan anak yang pertama. Akibatnya, Patricia sering mengalami mimpi buruk dan beberapa siri depresi yang didiagnos sebagai post-trauma stress. Doktor tersebut kini didenda kerana gagal menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta rekod buruk oleh pelanggan ketika mengeluarkan epidural. Ibu tersebut kini diberi £27,000. Tuah selepas menderita kesakitan. -CARI Infonet. Sumber: metro.uk
|
9
Bagus |
13
Marah |
20
Terkejut |
20
Sedih |
11
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT