Oleh Izzah Abbasy
Pasti hancur luluh melihat logo baharu Liga Perdana Inggeris musim 2016/17. Netizen juga telah mempersenda logo baharu Liga Perdana Inggeris musim baru tersebut. Tanpa penaja sebagai nama liga, Premier League bakal menggunakan mekanisme tajaan lain yang mengumpulkan tujuh penaja musim hadapan termasuk Nike dan EA Sports yang mengesahkan tajaannya. Liga Perdana Inggeris Selasa mengumumkan identiti visual baharu termasuk sebuah logo untuk musim 2016/17. Menurut Sky Sports, reka bentuk logo itu menyaksikan Liga Perdana Inggeris tidak lagi dikenali sebagai ‘Barclays Premier League’ namun hanya ‘Premier League’ bermula musim hadapan. Imej singa yang menjadi logo liga berkenaan sejak penubuhannya pada tahun 1992 bagaimanapun dikekalkan. Menurut pengarah urusan Premier League, Richard Masters, keputusan untuk tidak menggunakan jenama penaja sebagai nama liga diambil untuk mempersembahkan liga sebagai satu organisasi dan pertandingan dengan imej tersendiri. Imej baharu ini juga disifatkan Masters sebagai relevan, moden, dan fleksibel seterusnya membantu mereka meraikan semua pihak yang terlibat dengan Premier League. Ketiadaan penaja utama bermakna Premier League bakal beroperasi dengan mekanisme tajaan berbeza. Media tempatan melaporkan tujuh slot penaja bakal diisi dengan Nike dan EA Sports telah mengesahkan tajaan. Netizen berbeza pendapat tentang logo baharu. Pengumuman logo baharu disambut dengan reaksi bercampur-campur oleh netizen. Ada yang memuji logo berkenaan. - CARI Infonet
|
18
Bagus |
26
Marah |
24
Terkejut |
18
Sedih |
28
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mzzenma replied at 10-2-2016 11:47 AM
Tak nampak kebola sepakan di situ
Nampak mcm logo company insurance pun ada sikit
Lorra2411 replied at 10-2-2016 11:41 AM
asal nampak mcm murahan je
mzzenma replied at 10-2-2016 11:47 AM
Tak nampak kebola sepakan di situ
Nampak mcm logo company insurance pun ada sikit
ADVERTISEMENT