|
Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas dua pertuduhan menjalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen sah.
Mahadi, 43, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Norma Ismail. Mengikut pertuduhan, suami kepada Heliza Helmi itu sebagai wakil syarikat AUF MBZ Consortium PLT didakwa menjalankan perniagaan dalam sekuriti sedangkan syarikat berkenaan bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar sebagai perniagaan sekuriti. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah villa di Sunway South Quay, Subang Jaya antara 14 Jun 2021 hingga 15 Februari 2024. Pertuduhan dikemukakan mengikut subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama subseksyen 367(1) akta sama dan boleh dihukum di bawah subseksyen 58(4) akta tersebut. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh berdepan denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali. – SINAR HARIAN, Beautifulnara
|
Sendawg replied at 24-2-2026 10:12 AM
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHABABAHAHAHAHAHAHA HARITU AKU KATA HELIZA NGAN ADIK DIA NI TAKSUB SGT DGN DU ...



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.252652 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.