CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kejatuhan Ringgit : Pekerja Asing Tuntut Naik Gaji, Anda Bagaimana Pula?

5-2-2016 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10114| Komen: 74|Original author: EJALTI


Oleh : Dean BZ


Pekerja asing terutamanya dalam sektor perkhidmatan, pembinaan dan perladangan kini mula menuntut kenaikan gaji akibat kejatuhan nilai Ringgit yang mendadak. Ini memberi tekanan ke atas majikan yang menggunakan buruh asing, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Memetik dari laporan themalaysianinsider, kadar pertukaran mata wang mereka sendiri yang lemah menyebabkan sesetengah pekerja asing sedang menimbangkan sama ada untuk terus bekerja atau tidak di Malaysia.

Ini memandangkan mereka kini tidak mampu meraih pendapatan seperti sebanyak sebelum ini, kata Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan.


Malaysia dianggarkan mempunyai 2.1 juta pekerja asing berdaftar.

"Permintaan untuk kenaikan gaji tidak mudah untuk dipenuhi dan dalam situasi seperti ini, kebanyakan majikan tidak akan bersetuju.

"Sebagai contoh, pekerja Bangladesh dulunya mendapat 44 Taka untuk setiap RM1 tetapi sekarang, ia cuma dapat dalam 17 Taka. Penurunan ini sangat drastik, lebih daripada 40%.

"Malah, ringgit yang ditukar kepada rupiah Indonesia turut menyaksikan penurunan nilai sebanyak 20%," katanya.

Ada majikan, bagaimanapun, membantu pekerja asing mereka melalui "bayaran secara sukarela", bagi mengekalkan tenaga kerja mereka.

Perkara ini dianggap serius kerana akan memberi kesan yang besar ke atas masa depan 3 sektor terbabit yang diramalkan akan terus suram dan memungkinkan pekerja asing dihantar pulang.

Jika perkara ini tidak diselesaikan secepat mungkin, 3 sektor akan kehilangan ramai pekerja dan banyak sektor dan syarikat tidak dapat beroperasi dengan baik.

Mahu atau tidak, majikan perlu memikirkan perkara terbaik bagi memastikan setiap perjalanan operasi syarikat tidak tergendala dan seterusnya mengalami kerugian yang lebih besar.

Jika pekerja asing mampu "demand" gaji, kita pula sebagai pekerja tempatan yang juga menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi hanya berdiam diri dengan gaji sediaada? Berikan pendapat anda. - CARI Infonet.



*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
11

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 5-2-2016 09:36 AM
Elok kau balik jer beramai2 vangla n indon hei. I rase duit kau pun nanti jadi lagi mahal dari sini
Quote Bedah.Cun 5-2-2016 09:37 AM
Thanks to menteri2 kabinet, sebab kau pandai sangat last sekali tempat neh bakal jadi macam Tonga. Tapi takper I suke sebab tak payah duk dengan Kemboja bising macam kat Pekan celake tue
Quote shernazz 5-2-2016 09:39 AM
depa nak balik keww masalahnya.. hahahaha
tah tah balik sekerat jalan..masuk balik naik tongkang .
Quote chaintea 5-2-2016 09:39 AM
abis tu layan kan ke?
Quote krustykrab 5-2-2016 09:47 AM
pi lah balik, duk sini pun menyemak je, tah2 duk plan nak jadi peragut perompak
Quote cutieslilies 5-2-2016 09:52 AM
woi.. yg warganegara pun gaji basic 900 ringgit pun ko berkali2 nak approve... itupun x menyeluruhpun....

yang warga asing ni sedap ko jer gaji lagi tinggi dr org malysia sendiri..

betullah laaa apa yg dipikir2kan.. satu hari nanti kita ni jadi kuli...pendatang laa ni pun dah jd bos...

selain dari rakyat malaysia yang pemalasss.. culas.. x bertanggungjawab... dasar kerajaaan bangang mcm ni pun penyumbang kemelesetan taraf hidup rakyatttttttttttt...


stresss aku...
Quote haryatie 5-2-2016 09:53 AM
elok la klau dia org rela hati nak balik ke negara sendiri
buat semak jerkkk..
tp betul ker.. x percaya lahhh..
jgn nnti duk melepak lepas tu menyamun, merompak dn sbg nya..
Quote zeed 5-2-2016 09:59 AM
Bedah.Cun replied at 5-2-2016 09:36 AM
Elok kau balik jer beramai2 vangla n indon hei. I rase duit kau pun nanti jadi lagi mahal dari sini  ...

Pastu kita pulal jadi pendatang kat tempat depa.. pendatang dengan izin takpe..
Quote mokcikKSKB 5-2-2016 09:59 AM
Knowing mesia..pendatang cina nenek moyang dulu lani dh jd boss...xmustahil 20-30taun bangla jd boss.kalau mentaliti pemalas masih bersarang dlm hati..
Quote fifie_olin 5-2-2016 10:00 AM
org msia pon lom tentu gaji naik...korang lak lelebih...korg dpt keje kat sini pon dh kira bagus tau...
Quote zach2008 5-2-2016 10:05 AM
RM Vs matawang bangla, mynmar jatuh terduduk ke?
RM vs Rupiah indon? Kalau gaji dia org dlm USD aku paham la.
Quote antagenaiz 5-2-2016 10:15 AM
berambos jek la blik..bt semak jek..
Quote teratai_indah 5-2-2016 11:24 AM
kita kat sini pun gigih nak naik gaji.. dorg pun nak jugak...
p lah balik negara korang sanun.. wat semak je..
Quote brownstone 5-2-2016 11:59 AM
Padan muka MEF...gaji minimum rm 900 utk warga tempatan lebih dr cukup konon.......sekarang ko tanggung la pekerja asing...bayar levi dan gaji dekat rm 2000...
Quote saladin780 5-2-2016 12:21 PM
biar betul..bukan ringgit makin naik ke vs rupiah
taka vs ringgit plak dlm 10 tahun ni paling tinggi 1ringgit bleh dpt 28 taka
Quote mzzenma 5-2-2016 12:24 PM
Pleaseeee lah balik negara sendiri
Semak tau tak semak..dah lah ketiak busuk
Quote smurfetz 5-2-2016 12:35 PM
Edited by smurfetz at 5-2-2016 12:36 PM
saladin780 replied at 5-2-2016 12:21 PM
biar betul..bukan ringgit makin naik ke vs rupiah
taka vs ringgit plak dlm 10 tahun ni paling tingg ...

aah tu pun tahun 2012... nipu benor singgit boleh dapat 44 taka...
terkejut ai rm turun lebih 40% dari taka, sampai bukak web cari pasal currency.
tak buat homework ke reporter?  
Quote prettyuglybabe 5-2-2016 12:38 PM
sila berambus...

Quote dewi 5-2-2016 12:59 PM
balik la.. balik berjemaah gitu

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.079787 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top