CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kalau pilih yang berduit, tiada budi bahasa, hidup sengsara’ - Bella Astillah

21-2-2026 10:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29071| Komen: 14

 


Pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersyukur apabila ibu bapa mendidiknya agar mencari pasangan yang baik dan tidak menjadikan kekayaan sebagai penentu kebahagiaan hidup.

Menurut pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, itu, ibunya juga tidak pernah meletakkan sebarang syarat tertentu seperti berduit kepada dia dan adik-beradiknya dalam memilih pasangan hidup.

“Saya bersyukur sebab mama dan ayah tidak pernah mengajar saya dan adik, Didi Astillah mencari pasangan yang mereka impikan tetapi pesan cari orang baik.

“Mereka tak pernah meletakkan sebarang syarat.

“Sebenarnya baik itu penting tapi kalau berduit, rezeki dan bonuslah. Tak kisah kalau dia bukan orang kaya namun rajin bekerja,” katanya menjawab pertanyaan netizen dalam sebuah siaran langsung baru-baru ini.

Tambahnya, dia percaya bahawa kebaikan adalah perkara paling penting dalam memiliki sebuah hubungan yang bahagia berbanding mengutamakan kekayaan.”Saya rasa kehidupan ini, kita tak selamanya di atas, kadang-kadang boleh jatuh juga.


“Sebab itulah kebaikan penting kerana akan berkekalan sampai bila-bila.

“Kalau awak pilih orang yang berduit tapi tak ada budi bahasa dan tidak baik, kita akan hidup dalam kesengsaraan,” jelasnya.

Sementara, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang turut sama bersiaran langsung dengan Bella juga menyuarakan pandangan bahawa lelaki perlu mengutamakan tanggungjawab mencari nafkah buat keluarga namun tetap menegaskan sifat baik mampu memberi membawa masa depan lebih cerah.

“Tapi tidak bermaksud bahawa lelaki perlu mengabaikan tanggungjawab hakikinya. Saya fikir tanggungjawab perlu dipenuhi tetapi tidaklah sampai ke tahap perlu menjadi jutawan.

“Rajin itu amat penting kerana menunjukkan ciri-ciri yang baik. Walaupun mungkin tidak dilahirkan dengan kekayaan tetapi kaya daripada sudut sifat itu boleh membawa masa depan yang jauh lebih cerah.

“Mungkin bukan pelaburan terbaik dalam jangka masa pendek, tetapi akan kekal bersama untuk jangka masa panjang,” ujarnya.

Dalam video sama, dia juga sempat menegaskan Bella bukan wanita yang mengutamakan kemewahan sebagai penentu kebahagiaan hidup.

“Itu bukan Bella, sebab dia lebih mementingkan kebaikan, belas kasihan dan akhlak yang baik melebihi segala-galanya.

“Nak harapkan duit memang saya tak adalah, minta maaf,” katanya dalam nada berseloroh. 

SUMBER – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 22-2-2026 03:40 AM
Baguih la bella cari yg baik.. tak pandang reta dan duit..
Tapi pandang rupa...
Quote Bedak_Carrie 22-2-2026 03:42 AM
"Nak harapkan duit memang saya tak adalah, minta maaf,” katanya dalam nada berseloroh.

Begitu... Awal2 diq dah bagitahu... Hehehe
Quote Aribaariba 22-2-2026 10:06 AM
Bedak_Carrie replied at 22-2-2026 03:42 AM
"Nak harapkan duit memang saya tak adalah, minta maaf,” katanya dalam nada berseloroh.

Begitu... A ...

Mmg diq kedek
Pas tu  bagus la dia bg Tau siap2 tu dia xkan tanggung sekandang
Patut la suka sgt mek keja dgn era lg, sbb nak bg mkn pilak se platoon kat rumah
Quote bankerpencen 22-2-2026 01:24 PM
Tapi kan, kau pun tak baik, tak berbudi bahasa, jaga anak pun tidak… layak ke kau dapat yang baik juga? Saja tanya
Quote Incanto 22-2-2026 01:28 PM
macam ramai benar calon yg menunggu

mek boleh pilih antara ribuan , nak yg macam mana…kahkahkah
Quote SANKURIANG 22-2-2026 01:36 PM
BASS dah outdated la…orang sekarang trending QFaz….
Quote Hellogirls 22-2-2026 01:42 PM
GOODBYE BASSS. SELAMAT MENINGGAL
Quote telracs 22-2-2026 01:47 PM
Tangkap Ayam...
Quote myvi132806 22-2-2026 02:10 PM
Owhh ni yg dr video ikan besar ikan besar tu eyhh
Ikan besar apo vuduhh oiyy
Jerung besar lerr. Ayat gold digger selalu guna tangkap jerung besar.
Kau ckp ikan besar sadig balas ler balik ikan siakap,, yg mana ikan siakap pun ada yg besar2. Tu yg siap ada termasuk menu siakap 3 rasa tu kehkehkeh

Pastu si bimbo ni pulak xfaham apa maksud sadig.
Dh kau mention ikan besar, sadig ingat ikan besar2 yg boleh buat makan menu sedap2 tu lerr
Itulah pentingnya sealiran sefahaman kan.
Npk bimbo dekk.

Pastu tgk mcm dy perasantan sgt yg bella dlm cte PC tu diri dy. Perasan nk tangkap jerung besar. Eee kosserr makk
Quote burberry99 22-2-2026 02:32 PM
SANKURIANG replied at 22-2-2026 01:36 PM
BASS dah outdated la…orang sekarang trending QFaz….

BASS dah BASSI n sendurina
Quote orkid_amani 22-2-2026 02:45 PM
Hellogirls replied at 22-2-2026 01:42 PM
GOODBYE BASSS. SELAMAT MENINGGAL

Belum karam ka kapal BASS ni? Buoan tuhari ada cakap nak tunang valentine day's? Belum ka?
Quote LadyCarefree 22-2-2026 04:38 PM
Edited by LadyCarefree at 22-2-2026 03:40 PM

Mama ayah kemek tak ajar jangan curang ke? Mama ayah tak ajar jangan menipu ke? Mama ayah tak ajar jangan halang bapa hairdeng dan harah jumpa anak2? Mak ayah tak ajar anak perempuan kecil jangan bergelek2 tiktok? Ish macam2 lagi lah.
Quote vender 22-2-2026 04:45 PM
Alolo sadiq bg hint jangan ambil duit dia a.k.a hantaran ke tu?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.164778 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top