CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencarum harap semua dividen KWSP masuk Akaun 3 buat belanja raya

21-2-2026 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28784| Komen: 2

 


PETALING JAYA – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengharapkan semua dividen yang bakal diumumkan kelak dimasukkan terus sepenuhnya ke Akaun 3 (Fleksibel) sekali gus boleh digunakan untuk perbelanjaan bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Harapan itu disuarakan mereka menerusi komen-komen pada Instagram Kosmo! Online berhubung artikel pada ruangan Kata Editor bertajuk ‘Hadiah hari raya daripada KWSP’.

Malah, ada juga yang meninggalkan komen dengan ‘tag’ pada akaun rasmi Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan beliau mengambil perhatian terhadap pengumuman kadar dividen KWSP dimasukkan ke Akaun 3 (Fleksibel).

“Semua masuk Akaun 3,” komen pengguna Instagram Yanaothman_Official yang turut meletakkan ‘tag’ pada Instagram Anwar.

“Semoga tahun ini dividen bonus semua masuk Akaun 3, boleh kami beraya dengan happy (seronok) dan tenang,” komen Muhamad Aniff yang tidak lupa dengan ‘tag’ Instagram KWSP serta Perdana Menteri.


“Kalau masuk Akaun 1, Akaun 2 ‘pahit’, kalau Akaun 3, barulah ‘manis’,” komen Arfah Kamarulzaman secara berseloroh.

“Yang manis-manis untuk kakitangan swasta, semua masuk Akaun 3 boleh?,” komen Iamabdullahomar yang mengharapkan Perdana Menteri berbuat demikian.

Terdahulu, pencarum KWSP menunggu debaran pengumuman kadar dividen KWSP dijangka menjelang akhir Februari hingga awal Mac ini.

Berita gembira itu bakal menjadi manfaat kepada hampir 17 juta pencarum, dengan sembilan juta daripadanya adalah ahli aktif.  

SUMBER – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 22-2-2026 03:24 PM
nak belanja raya byk2 buat ape?  perlu ke nak baju baru, langsir baru, duit minya, duit tol, duit raya semua tu...kalau bajet sesak, tak perlu balik kampung jauh2 yang memerlukan duit minya, duit tol, duit service kereta semua tu.  raikan kemenangan dgn hanya tidak berpuasa di hari raya, memakai baju yang bersih pun sudah memadai.....
Quote cm_vungtau 22-2-2026 04:27 PM
Dividen asb dah keluar ke?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.034542 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top