CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tendangan makin kuat tiap hari, walau saya sedang tidur’ - Eyka Farhana

21-2-2026 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28440| Komen: 3

 


Teruja bayi sulung dalam perut aktif menendang, pelakon Eyka Farhana menyifatkan momen itu sebagai satu pengalaman yang paling indah dalam hidupnya.

Ujar Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 31, pengalaman tersebut memberi kehangatan dan kebahagiaan tiada tara, terutama ketika sedang berehat malam hari.

“Masya-Allah tabarakallah. Tendangan bayi semakin kuat setiap hari. Walaupun ketika saya sedang tidur, bayi tetap aktif.

“Saya pun tak tahu bagaimana nak gambarkannya. Ini adalah perasaan paling indah pernah saya rasai. Ya Allah, terima kasih atas perasaan ini.

“Alhamdulillah atas kurniaan ini. Mama dah pun sayangkan kamu lebih daripada apa yang mampu diungkapkan dengan kata-kata,” katanya dalam Threads.

Perkongsian tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah dan doa untuk keselamatan ibu dan bayi.


“Seronok kan perasaan itu bila bayi menunjukkan kehadirannya dalam perut. Rasa macam dunia ini indah sungguh. Semoga bayi sihat dan sentiasa dilindungi,” tulis seorang peminat.

“Bahagia tengok Eyka, moga semuanya lancar hingga hari bersalin,” komen seorang lagi pengikutnya.

Sebelum ini, bintang filem Anak Perjanjian Syaitan 2 itu mengumumkan kehamilan sulungnya, namun memilih untuk merahsiakan usia kandungannya.

Untuk rekod, Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Akhyar Rashid pada 2 Mei 2025.  



SUMBER – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 21-2-2026 11:25 PM
Tahniah ,,,,
Quote cempakaa 21-2-2026 11:58 PM
Tahniah! Cute je
Quote epuepy 22-2-2026 12:38 AM
Tahniah. Time baby nendang2 tu rasa comel Sgt. Tp get ready bile dh start masuk toddler. kdg rasa nk tendang keluar rumah bile diorg tk behave

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.033245 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top