CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tak diva, Madonna lagi selesa naik kereta e-hailing

21-2-2026 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28234| Komen: 0

 


MESKI menikmati  kemasyhuran luar biasa sebagai penghibur antarabangsa, Madonna mengakui kehidupan hariannya tidak jauh berbeza dengan ibu lain.

Ibu kepada enam anak itu mendedahkan pernah menempah kereta di bawah aplikasi e-hailing untuk menghantar anaknya ke latihan bola sepak.

Akuinya yang kini menetap di London,  walaupun baru kali kedua menggunakan perkhidmatan Uber, dia tidak berasa canggung sebaliknya menyifatkan pengangkutan tersebut banyak membantu ketika kecemasan.

Difahamkan, dua puterinya, Stella dan Estere, 13, menyertai pasukan remaja wanita Tottenham Hotspur.

Sejak bercinta dengan pemain bola sepak kelahiran Jamaica, Akeem Morris, 29, penyanyi berusia 67 tahun itu dilihat lebih banyak meluangkan masa di padang bola.

Kehadiran lelaki muda itu dalam keluarganya turut mempengaruhi minat Stella dan Estere untuk meneroka sukan bola sepak.


SUMBER – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.030866 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top