CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya pernah doa tak mahu kahwin dengan artis, pelakon’ - Amira Othman

21-2-2026 10:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29593| Komen: 40

 


Masih dalam emosi bulan madu, penyanyi Amira Othman menyifatkan suaminya yang juga pelakon Fattah Amin sebagai lelaki yang memiliki tahap kesabaran tinggi.

Menurut Amira atau nama penuhnya, Nadia Amira Othman, 33, sifat tersebut merupakan antara faktor yang memikat hatinya selama saling mengenali hati budi.

“Dia penyabar dan sangat bersangka baik, walaupun dia seorang figura awam, kalau borak dengan dia, akhirnya dia akan berbalik kepada ‘tidak mengapa, Allah ada’.

“Saya rasa benda-benda itu buat bila berborak dengan pasangan yang tiada perkara hendak berbalah dan ada matlamat yang sama,” katanya dalam temu bual podcast The Chic Code baru-baru ini.

Tambahnya, sifat pelindung yang dimiliki Fattah juga antara yang menambat hatinya.

“Dia sangat ‘protective’ dan saya rasa semua lelaki begitu.

“Perkara tersebut bila tengok cara dia dengan famili, ibu adik-adik dan anaknya, Fatima Aisya,” ujarnya.


Dalam pada itu, dia berkata setiap individu yang dihadirkan dalam hidup seseorang adalah sudah diatur dan bersesuaian dengan diri sendiri.

“Saya rasa jodoh ini Tuhan akan bagi kita orang yang bersesuaian.

“Kalau adik-adik saya putus cinta, saya selalu pesan memang Tuhan akan bagi awak orang yang tepat, dengan kita tak sesuai tetapi mungkin sesuai dengan orang lain,” kongsinya.

Menerusi perkongsian sama, Amira mengakui pernah meminta pada Tuhan agar tidak dipertemukan jodoh dengan lelaki daripada kalangan selebriti.

“Pertemuan dengan Fattah adalah perkara tak dirancang dan hanya mula berkenalan sebab kerja sedangkan sebelum itu tidak pernah bertegur.

“Malah saya pun pernah cakap tak mahu kahwin dengan artis terutama pelakon.

“Tapi tiba-tiba selepas bekerja dan beritahu ibu bapa saya, semuanya dipermudahkan dan sudah tertulis,” jelasnya.

Amira dan Fattah bergelar suami isteri pada 14 September lalu, tarikh sama dengan hari ulang tahun ke-35 bekas suami Fazura itu. 

SUMBER – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizterpaling88 21-2-2026 10:09 PM
yeke. jalan cita tak tally cara kenal dgn suami syurga. sebab adiknya cita lain.. tapi ikut la migha. dah kawen pun, dah nak sendu dah
Quote slyfynx 21-2-2026 11:45 PM
Dan2 nak cite laki beriman sgt sampai tiap2 perbualan berkahir "tak apa, Allah ada"
Quote NuansaBiru 21-2-2026 11:52 PM
Yer lah dik mighah.
Yer lahhhhh
Quote Kancilkering 21-2-2026 11:59 PM
Diam lah
Quote Kuin-Kepam 22-2-2026 12:07 AM
Awal2 kannn..baru merasa nikmat batu lesong somi. Loving tak terhingga ler. Merecik puji sentiasa ler!

Sembang mcm ko dah menang cabutan loteri/ dapat laki level Elon Musk pulek Bam Tah tu.  Ko tunggu anak ko keluor dulu... tunggu besor sikit ..... tunggu bila job laki ko dah sendu. Silap2 ko pulak kena masuk TikTok malam2, menjual produk timbang kilo sis.



Quote eyansss 22-2-2026 12:08 AM
are u talking the same patahamin?  protective?  hahaha…
Quote cabai7 22-2-2026 12:41 AM
Pelindung???????????? adudu
Penunggang sesuai
Quote lolipopmanish 22-2-2026 12:48 AM
yawnnnnnnnnnnnnnnn…………
Quote burberry99 22-2-2026 01:42 AM
terlajak sendu n bassi sudeh
Quote Lampuled 22-2-2026 01:58 AM
Artis pelakon biasanya bkn 1st choice. Kebanyakan berimpian nak kawin dgn kerabat,bangsawan,negarawan, cendiakawan, hartawan. Tapi kalau akhirnya dapat artis juga terima lah seadanya dgn hati terbuka dan gembira.
Quote becir 22-2-2026 02:17 AM
dik mira ni lagi mengesahkan sifat nonchalant laki dia ‘takpe allah ada’
Quote Tinot7 22-2-2026 03:42 AM
Mcm nipu jahh...

“Pertemuan dengan Fattah adalah perkara tak dirancang dan hanya mula berkenalan sebab kerja sedangkan sebelum itu tidak pernah bertegur.
Quote MissVixen 22-2-2026 04:47 AM
Yolar tu. Dah takde berita baru ke
Quote noor2 22-2-2026 05:01 AM
Suka tgk pasangan ni...moga kekal hingga ke anak cucu cicit
Quote MatDeghem 22-2-2026 05:49 AM
Edited by MatDeghem at 22-2-2026 05:50 AM

Mintak doa tak mau retis.

Duda lafaz cerai tak sampai 3 bulan....dah ajak buat bideo di London youuuu Yang penting dah kawin




[youtube]1ca3qazyaQk?si=fkbPBGtpYMqMU20_[/youtube]



[youtube]vneTlA55vII?si=TiHvlrmeBJQaBE-2[/youtube]


#couplesorgakeledek


Quote suri33 22-2-2026 06:05 AM
Awal-awal ok la tiap kali sembang jawapan takpa Allah ada. Lama-lama nnt nk communicate pn malas sbb dh tahu respon not responding. Hahaha.
Quote Sachacha 22-2-2026 07:21 AM
menguapnya dek  mighah aka masyar ni
cakap berbelit belit..adik ko mengeletis mcm ikan keli cte lain..
nak benor dgn si bedol tu ye
Quote kokomoon 22-2-2026 07:24 AM
Edited by kokomoon at 22-2-2026 07:26 AM

Oh yer ke? Mcm tak percaya aje. Tak baik menipu di bulan Ramadan
Quote NuansaBiru 22-2-2026 07:49 AM
Edited by NuansaBiru at 22-2-2026 07:51 AM
eyansss replied at 22-2-2026 12:08 AM
are u talking the same patahamin?  protective?  hahaha…


Protective lar tu
Bila anak kata mak dia kata dia tak lawa, terus automatik bangkit protect mak dia
Walau bertahun apa yg org tak kata kat bini dia kat anak dia tetap keras membatu lantak kau lah peduli apa aku (bahasa di mulut: takpe, Allah ada)

Mana nak cari, lelaki sebaik kamu, yg protective (pada mak saja) begitu

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.040714 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top