|
Pelakon Aprena Manrose berkata dia menyasarkan tempoh tiga tahun untuk kembali mendirikan rumah tangga. Memetik mStar Online, Aprena berkata dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah dan jika bertemu dengan lelaki dengan kewangan stabil, dia berharap akan dapat memberi perhatian sepenuhnya pada keluarga. “Saya letakkan tempoh tiga tahun untuk mencari pengganti baharu kerana jodoh itu di tangan Allah. “Jika dipertemukan dengan seseorang yang sudah stabil dan benar-benar mampu menjadi penyedia nafkah, saya berharap dapat memberi sepenuh perhatian kepada keluarga dan tidak lagi perlu bekerja. “Saya sedar tanggungjawab seorang isteri dan mahu menjalankan peranan itu sebaik mungkin. Insya-Allah, semoga dipertemukan dengan jodoh yang tepat,” katanya. Sementara itu, Aprena berkongsi mengenai ciri lelaki idamannya dimana soal agama menjadi keutamaan serta bukan seorang yang kedekut.
“Selain provider, nombor satu saya mencari orang yang beriman dan jaga solat. Kedua, bukan lelaki yang kaya sebab aya bukan materialistik, tapi cukup sekadar kalau nak pergi berjalan kami boleh bercuti bersama. “Saya tak mahu cari lelaki yang kedekut sebab tak bagus untuk diri sendiri. Nanti simpan lama-lama akhirnya diri sendiri terseksa,” katanya. SUMBER : mStar Online, ROTIKAYA |
slyfynx replied at 20-2-2026 05:54 PM
Nk suami beriman tp kau pun bukak tudung.
Blah la weh

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
22-2-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.034229 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.