CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zara Zya Pernah Dihina, Diketawakan Pelakon ‘J’ Kerana Tidak Popular

20-2-2026 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29317| Komen: 22

 


Pelakon Zara Zya mengimbau kenangan pernah dihina serta diketawakan seorang artis kerana dia tidak dikenali ketika di awal penglibatannya dalam dunia lakonan.

Menerusi perkongsian di Threads, Zara berkata kejadian itu berlaku ketika penggambaran sebuah telefilem di sebuah pusat beli belah dan diperlekehkan oleh pelakon disebut sebagai ‘J’.

 

“Saya teringat kejadian, masa saya masih belum dikenali, saya shooting 1 telemovie. Lupa dah tajuk dia. Pelakon tu perempuan nama dia J. Masa tu kami shooting di Mall. Ada lah beberapa peminat nak bergambar dengan dia. Normal lah tu kan,sebab dia di kenali. 


“Yang tak normal dan menyedihkan, dia boleh datang dekat saya lepas tu, dan ketawakan saya depan team shooting,” katanya.

Menurut Zara, pelakon tersebut berulang kali mempersoalkan siapa dirinya serta mengatakan Zara tidak dikenali serta tidak popular.

Dalam pada itu, Zara turut menjadikan peringatan buat dirinya agar tidak sesekali menghina atau memandang rendah orang lain.

“Dia ketawa sambil cakap, hahahaha kau siapa? Orang tak kenal kau pun. Kau tak famous pun! Berkali-kali dia ulang. 

“Saya diam. Saya teruskan kerja saya. Saya hadap dia hampir 7 hari. Macam-macam dia cakap dan hina saya. Memang masa tu orang tak kenal saya pun. Dan masih mentah lagi dalam industri.

“Bila teringat tu, saya sedih tapi tak menangis. Sedih dia makan dalam dan buat saya sentiasa beringat,jangan hina orang. Jangan pandang rendah pada orang. Sebab kita tak tahu rezeki kita dan orang tu macam mana,” tulisnya.

Sementara itu, Zara turut memaklumkan pelakon tersebut sudah tidak lagi aktif dalam industri seni.

SUMBER : ROTIKAYA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 20-2-2026 05:55 PM
Mesti Justin Timberlake ni.
Lama dah die x berlakon
Quote belilies 20-2-2026 08:01 PM
Adoi…. You’re so talented lah zara. Ko tak perlu kontroversi camni. Iols pun suka tengok cuols berlakon tapi ni mmg dealbreaker. Silap2 cuols boleh satu level ngan sherry dagu senduk
Quote kokomoon 20-2-2026 08:41 PM
Edited by kokomoon at 20-2-2026 08:44 PM

Skrg ni popular sgt dah ke? Ini lg sorang tak hbs meroyan
Quote sharlenetexas 20-2-2026 08:44 PM
She start meletop masa berlakon LYMA.


Quote selipar_hijau 20-2-2026 08:48 PM
J mana yg dah takde dalam industri?
Bulan2 pose ni nak suruh teka2 pulak
Quote babycc 20-2-2026 08:51 PM
selipar_hijau replied at 20-2-2026 08:48 PM
J mana yg dah takde dalam industri?
Bulan2 pose ni nak suruh teka2 pulak

janna nick ada lg x?
Quote ezacbee 20-2-2026 11:17 PM
J for Jamilah. Takan Janet

Teka je
Quote Mary_jane 20-2-2026 11:35 PM
Nak kate jalaluddin hassan lettew.
Quote redz85 20-2-2026 11:43 PM
Mary_jane replied at 20-2-2026 11:35 PM
Nak kate jalaluddin hassan lettew.

tapi tok jalal belum tukar jantina  
Quote ragazza 20-2-2026 11:58 PM
J for jering
Quote ragazza 20-2-2026 11:59 PM
Teka jer
Quote red_velvet 21-2-2026 12:14 AM
Kat thread ramai teka juli@ zigler
Quote zuuu 21-2-2026 12:17 AM
Sapa pulak pelakon pompuan nama j yg dh berlakon lagi tu???satu hal pulak netz nk fikir
Quote caramello 21-2-2026 07:13 AM
Kt thread diorg kata julia yg mix mat saleh tu
Quote kokomoon 21-2-2026 07:52 AM
Mary_jane replied at 20-2-2026 11:35 PM
Nak kate jalaluddin hassan lettew.

Ahahahaha ahahahaha ahahahaha ini lucu
Quote TomyamPuteh 21-2-2026 10:28 AM
Dia hina diri dia sendiri la.Nama pelakon tu Jara Jia.Aku dh tau lama dah.Korang je yang lalai.
Quote lasagna 21-2-2026 10:58 AM
red_velvet replied at 21-2-2026 12:14 AM
Kat thread ramai teka juli@ zigler

ohh ye ke? minah ting tong ni...
Quote Purplehaz 21-2-2026 04:35 PM
dia ni best berlakon..selalu mmg kena dgn watak.  
Quote stania83 21-2-2026 05:26 PM
Que ni masa sekolah sangat introvert, pendiam takde Kawan tapi minat mendalam seni. Skrg Masih nampak lah sisi sisi introvert.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.085080 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top