|
Pelakon Kamal Adli mengakui terlepas waktu bersahur di hari pertama Ramadan kerana tidak sedar bunyi penggera telefon bimbit. Menerusi perkongsian di Threads, Kamal berseloroh mengatakan dia keliru sama ada penggera telefonnya tidak berbunyi atau penggeranya yang sahur sendiri. “Maaf cakap. Penggera tak bunyi atau penggera bunyi tapi dia yang pergi sahur sendiri, yang penting saya tak sahur hari ni. Maaf tak berjaya kejut sahur,” tulisnya. Sementara itu, Kamal berkata sukar rupanya hidup seorang diri kerana sebelum ini dia akan dikejut untuk bangun sahur.
“Parah rupanya sorang-sorang, sebelum ini selalu dikejut. hahaha. Selamat berpuasa semua. Saya puasa juga sama-sama okay. Day one menahan geram,” tulisnya. Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan hantaran Kamal itu serta memberi semangat agar bertahan sehingga berbuka. SUMBER : ROTIKAYA |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
22-2-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.078511 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.