|
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang mengambil inisiatif menggalakkan pekerja khatam al-Quran sempena Ramadan ini. Menerusi perkongsian di TikTok, Opai yang juga suami kepada Fatin Afeefa meminta pekerjanya masuk kerja seawal jam 8:00 pagi untuk sama-sama membaca Al-Quran serta bertadarus. “Inisiatif aku adalah, kita semua masuk kerja pukul 8:00 pagi dan kita cuba tadarus. Walaupun mungkin tak berkemampuan nak khatam sendiri, tapi sekurang-kurangnya kita dapat bertadarus dan dapat pahala khatam. Kita akan cuba buat sepanjang bulan Ramadan,” katanya. Sementara itu, Opai berkata dia turut menyediakan Al-Quran baru sebagai galakan serta untuk memberi semangat.
“Kita khatam 2 kali. Kalau sorang baca 5 muka surat sehari, akan ambil dalam 30 minit. Kalau lancar lah. Aku akan beli Quran banyak-banyak. Bagi korang semua semangat,” katanya. Dalam pada itu, Opai berkata Ramadan adalah bulan terbaik mendekatkan diri dengan Al- Quran serta banyak peristiwa penting dalam Islam berlaku di bulan Ramadan. “Pukul 8:00 pagi mengaji sampai pukul 9:00 pagi. Kita akan balik 3:30 petang. Sebab Ramadan ini bulan al-Quran. Jadi kalau setahun kita tak baca, ini lah bulannya untuk kita mula membaca Quran,” katanya. SUMBER : ROTIKAYA |

b_n_c: usahwan niaga apa si opai ni
b_n_c replied at 21-2-2026 01:51 PM
usahwan niaga apa si opai ni
mrseller replied at 21-2-2026 06:36 PM
Pekabar opai forex. Hihihihi
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
22-2-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.102772 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.