CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Paru-Paru Kanan Anak ‘Collapse’, Amyza Aznan Mohon Doa Buat Andre

20-2-2026 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23610| Komen: 12

 


Pelakon Amyza Aznan berkongsikan mengenai keadaan anaknya, Andre Mikhail serta memaklumkan paru-paru bahagian kanan Andre ‘collapse’ susulan saiz tumor semakin membesar.

Menerusi hantaran di Insta Story, Amyza berkata prosedur untuk menyedut cecair di paru-paru anak-anaknya ditapa dapat dijalankan.

 

“Tak tahu nak cakap apa, tak jadi sedut air sebab tak ada air dalam paru-paru. Kata pakar bukan air tapi saiz tumor membesar dan menyebabkan paru-paru kanan collapse.

“Nak tahu berapa saiz tumor kena tunggu giliran MRI lagi sebulan. Semoga ada keajaiban buatmu anak,” tulisnya.


 

Sementara itu, Amyza berkata prosedur yang dilakukan sebelum ini hanyalah untuk membuang cecair di paru-paru dan bukan tumor.

“Proses membuang air di paru-paru kanan, bukan tumor. Tumor masih belum kecut untuk proses pembedahan. Saiz dari 18 sentimeter, kali terakhir proses CT scan hanya mengecut ke 14 sentimeter sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Amyza memohon doa daripada orang ramai agar urusan anaknya yang menghidap kanser paru-paru tahap tiga dipermudahkan.

“Dengan rendah hati saya memohon doa buat anakanda Andre Mikhail yang akan menjalani prosedur untuk rawatan tumornya. Hanya Allah yang membalas doa-doa kalian,” tulisnya.

SUMBER : ROTIKAYA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naisyahmh 20-2-2026 05:24 PM
Semoga Andre cepat sembuh hendaknya Aunty doakan.. Semoga Allah permudahkan segala urusan.. Semoga Amyza Adnan & keluarga tabah hadapi uji ini.. Amin YRA
Quote asfaz 20-2-2026 05:27 PM
Kesian,anak no2 pun sakit jugak.
Moga diberikan kesembuhan buat keduanya.
[tiktok]7608573216059149575[/tiktok]
Quote noor2 20-2-2026 05:41 PM
Ya Allah sedihnya tgk anak2 yg sakit. Moga ada keajaiban dari Allah
Quote dua_chzy 20-2-2026 05:55 PM
Takziah in advance. Biar la Andre pergi. Dah terlalu lama dia fight.
Quote freesia71 20-2-2026 08:04 PM
Allah kesiannya. Semoga dimudahkan segala urusan.
Quote red_velvet 20-2-2026 11:06 PM
Anak no 2 dia pun baru diagnosed cancer tulang kan.. Kesiannya.. Suami sakit, anak2 sakit
Quote menjad 20-2-2026 11:11 PM
Bertimpa2 dtgnya... Semoga kuat dan sabar lah ibunya. Luluh hati tgk anak2 sakit macam tuh... Dari gemuk jadi kurus kering
Quote helicornia 20-2-2026 11:19 PM
Mohon seniman bantu amyza.berat dugaan dia
Quote mrsLucky 21-2-2026 09:50 AM
Berat sungguh dugaan Amyza, I tak boleh bayangkan.

Suami terpaksa menjalani dialisis sebanyak tiga kali seminggu mengalami masalah buah pinggang kronik tahap lima.

Anak 2 orang pula ada cancer.
Quote Lampuled 21-2-2026 09:55 AM
Semoga dipermudahkan dan  dipercepatkan urusan rawatan dan dapat peluang menerima rawatan yg terbaik.
Se
Quote Purplehaz 21-2-2026 11:41 AM
dia seorang yg sihat dlm keluarga, 2 anak dh sakit husband pun sama . semoga dipermudahkan urusan dia, ada rezeki utk ringankan beban dia.
Quote Tinot7 22-2-2026 10:06 AM
Semoga kuat menghadapi dugaan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.163149 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top