CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zulin Aziz sah bercerai 18 Disember lalu - "Tetapi saya tidak beritahu sesiapa sehinggalah tamat tempoh idah"

19-2-2026 12:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37505| Komen: 24

 


Tiada angin tiada ribut, pelakon dan pengacara Zulin Aziz mendedahkan dia kini sudah bercerai dengan bekas suaminya, Farhan Norzaini sejak 18 Disember tahun lalu.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, dia selesai menjalani tempoh idah hari ini.

“Memang betul saya sudah bercerai sejak Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Tetapi saya tidak beritahu sesiapa sehinggalah tamat tempoh idah.

“Tetapi saya tahu lambat laun saya perlu beritahu juga kepada semua. Jadi waktu yang terbaik adalah selepas habis jalani tempoh idah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya punca perceraian mereka, kata Zulin, dia enggan mendedahkan sebab dia mengambil keputusan untuk bercerai.

“Biarlah saya dan bekas suami sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu tahu tentang urusan rumah tangga kami yang terlalu peribadi untuk dikongsi.


“Apa yang saya boleh katakan kami berpisah secara baik dan tidak bermusuhan. Kami kekal berkawan. Hubungan kedua-dua belah keluarga juga masih baik.

“Cuma mungkin jodoh kami sahaja yang tidak panjang. Saya anggap ini adalah ketentuan Ilahi untuk kami. Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai. Saya mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” jelasnya.

Untuk rekod, Zulin dan Farhan bernikah pada 20 Februari 2022. Mereka berdua tidak dikurniakan cahaya mata bersama.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 19-2-2026 12:17 AM
Ternyata yang indah hanya sementaraaaaaa....
Masak sedap2 pun laki lari...
Zulin terdampar lagi la nampaknyaaaa....
Quote mawarberbisa 19-2-2026 12:39 AM
next janda yang akan jadi duta dan dikenenkan dgn duda mana pulak?
Quote doubleA 19-2-2026 01:09 AM
Pernah sherai jugak kan sebelum ni tapi rujuk? So ni kali kedua la? Motif iols kesahkan pulak terdampar ni and hal tok laki, memang pasal dia je keluar cerita pasal laki
Quote Farnor 19-2-2026 03:14 AM
salam takziah.smoga smuanya baik2
Quote albedah 19-2-2026 06:01 AM
Berapa lama eddah ni
Quote pocongkiutss 19-2-2026 06:11 AM
albedah replied at 19-2-2026 06:01 AM
Berapa lama eddah ni

3 kali suci..mcm cepat benor..period dia gap dekat2 ke
Quote BoongaKertas 19-2-2026 09:57 AM
salam takziah utk sheols. moga dipermudahkan urusannya lpsni. netizen dah boleh kot slow2 xyah merendah2kan title MJ ni sbb takde pompuan kawen utk bercerai.
Quote kayujaras 19-2-2026 10:18 AM
tkziah
Quote KirazMevsimi 19-2-2026 10:19 AM
takziah. dugaan Allah. moga ada hikmah. tapi.. macam cepat jer idah nya. 18.12.2025 sah talak. semalam rabu, 18.02.2026 dia umumkan tamat idah. aik
Quote laksmanabentan 19-2-2026 10:27 AM
semoga dipermudahkan jodoh
Quote HoneyManjer 19-2-2026 10:32 AM
KirazMevsimi replied at 19-2-2026 10:19 AM
takziah. dugaan Allah. moga ada hikmah. tapi.. macam cepat jer idah nya. 18.12.2025 sah talak. semal ...

mungkin perdio dia 19.12, 19.1 dan skang tgh period lagi (dah nak habis iddah da la)
tapi biasa buat sensasi sikit baru org berkata2 dan menyebut berita ini...hehhe
Quote cikdot 19-2-2026 10:41 AM
terpaling nak bernikah dulu. macam2 cerita cinta tak kesampaian tapi sudahnya berjodoh juga. macam lega bila dia dah kahwin sebab kurang dah cerita merentan nak kawin. dah cerai pulak dah. harap continue lay low lah. awak pun bukan muda lagi..macam kawan lama uols sherry tu aa elok je tak berlaki happy je nampaknya..
Quote downiey 19-2-2026 11:19 AM
ok.. salam takziah
Quote noor2 19-2-2026 11:23 AM
Kesian dia...
Quote adeqbun 19-2-2026 12:13 PM
mawarberbisa replied at 19-2-2026 12:39 AM
next janda yang akan jadi duta dan dikenenkan dgn duda mana pulak?

alah..rugi lak lmbt..kalau tidak bole kene kenen ngan abg jamil..hahaha

Quote AuntyZaza 19-2-2026 02:31 PM
BoongaKertas: salam takziah utk sheols. moga dipermudahkan urusannya lpsni. netizen dah boleh kot slow2 xyah merendah2kan title MJ ni sbb takde pompuan kawen utk be ...

betul kan, org tgh sedih. Aku suka ja tgk dia prepare meal utk husband, kesian pula
Quote ainonymous 19-2-2026 02:42 PM
teringat sheols baik dgn mamat lufiaz ke apa ntah namanya tu. boleh la berjodohan semula
Quote KamikuP 19-2-2026 03:21 PM
aWAT DALAM GAMBA KAWEN TU LAKI DIA MCM MUKA hAPIS HAMIDON?
Quote slyfynx 19-2-2026 03:43 PM
Dulu sblm ni pun bukan ke gaduh2 mcm nak cerai
Nape aku x terkejut pun

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.497935 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top