CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saiz tumor besar, paru-paru kanan Andre ‘collapse’ – Amyza Aznan

19-2-2026 12:04 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 46431| Komen: 39

 


Selepas setahun berdepan ujian anak Andre Mikhail didiagnosis kanser paru-paru tahap tiga, pelakon Amyza Aznan memaklumkan prosedur rawatan terbaharu puteranya tidak dapat dijalankan seperti dirancang susulan komplikasi tumor yang kian rumit.

Menurut Amyza, 51, kegagalan prosedur tersebut berpunca daripada komplikasi tumor sehingga menjejaskan fungsi paru-paru anaknya.

“Tak tahu nak cakap apa, tidak jadi sedut air sebab tiada air dalam paru-paru. Kata pakar, bukan air tapi saiz tumor yang membesar dan menyebabkan paru-paru kanan ‘collapse’.

“Nak tahu berapa saiz tumor dan semuanya kena tunggu giliran MRI (pengimejan resonan magnet) lagi sebulan.

“Semoga ada keajaiban buatmu anak, Andre Mikhail,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Pelakon drama Bawah Payung Awan itu turut mendedahkan bahawa saiz ketumbuhan tersebut masih belum mengecut ke tahap yang membolehkan pembedahan besar dilakukan.


“Prosedur (sepatutnya) membuang air di paru-paru kanan, bukan membuang tumor. Tumor masih belum kecut untuk proses pembedahan.

“Saiz dari 18 sentimeter kali terakhir proses ‘CT scan’ (pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer) hanya mengecut ke 14 sentimeter sahaja,” tuturnya lagi.

Pada masa sama, Amyza memohon titipan doa daripada orang ramai agar urusan rawatan anaknya dipermudahkan.

“Dengan rendah hati ingin memohon doa kalian buat anakanda saya Andre Mikhail Khairil Izhar yang akan menjalani prosedur rawatan tumornya.

“Hanya Allah SWT yang membalas segala doa kalian, “jelasnya.

Andre sebelum ini dimasukkan ke Hospital Ampang sebelum doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan di bahagian paru-parunya.

Amyza kemudian mengesahkan Anfre menghidap kanser paru-paru tahap tiga. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 19-2-2026 12:44 AM
Allahu, syafakallah dik
Quote anarina 19-2-2026 01:24 AM
Lungs ni fatal n turbo, hopefully dipermudahkan
Quote Dalcott 19-2-2026 09:11 AM
smg diberi kesembuhan
Quote kayujaras 19-2-2026 10:01 AM
Innalillah.. semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan
Quote mejaputih 19-2-2026 10:01 AM
anarina replied at 19-2-2026 01:24 AM
Lungs ni fatal n turbo, hopefully dipermudahkan

iols sedih bila baca...semoga dipermudahkan dan diangkat kesakitan anaknya...
Quote TeropongSenyap 19-2-2026 10:41 AM
Kesiannya... Semoga diringankan beban & diberi kesembuhan hendaknya
Quote vanilacup 19-2-2026 10:55 AM
Ujian tetap berjalan pd bulan Ramadhan cuma bezanya ianya lebih lagi mengangkat darjat manusia atas kesabaran dan tawakal nya menerima ketentuan Allah yg satu itu. Doa ibu sgt mustajab setiap masa dan doa anak sbg pesakit juga adalah doa yg tiada hijab berbanding doa org yg sihat. Doa bersama-sama ibu dan anak moga diangkat ke langit dan Allah makbulkan di bulan Ramadan ini...Amiin Ya Rabbal Alamiin
Quote afie_m 19-2-2026 11:10 AM
semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan
Quote ardent91 19-2-2026 01:54 PM
i selalu terkonpius die ni dgan Aida Aris.. muka dah nk sama
Quote Kancilkering 19-2-2026 02:00 PM
semua sebab vape siot tu
x hisap tapi inhale fumes dari pod kawan kawan
bertabah lah ….moga Allah permudahkan utusan perubatan
Quote Kancilkering 19-2-2026 02:00 PM
semua sebab vape siot tu
x hisap tapi inhale fumes dari pod kawan kawan
bertabah lah ….moga Allah permudahkan utusan perubatan
Quote sayawifenikmie 19-2-2026 02:15 PM
MRI rasanya tak mahal sangat kan ?
nak tunggu 1 bulan lagi tu .... lamaa ...
minta lah bantuan zakat amyza
Quote AuntyZaza 19-2-2026 02:21 PM
yg curi2 isap vape kat offc lg celake ye
Quote Blu3butter 19-2-2026 02:40 PM
Moga diberi kesembuhan dan ketabahan
Quote poetess 19-2-2026 03:53 PM
Ig story Amyza tengahari tadi, anak kedua pula cancer tulang. Allahuakhbar.
Besarnya dugaan Amyza.
Quote poetess 19-2-2026 03:54 PM
Ig story Amyza tengahari tadi, anak kedua pula cancer tulang. Allahuakhbar.
Besarnya dugaan Amyza.
Quote Noraniza_Iblis 19-2-2026 03:56 PM
ank die yg kene kanser tulang tu.. dh la hensem.. mcm kpop.. mesti downn teruk tu..lepas dpt tau
Quote mejaputih 19-2-2026 04:06 PM
Allahuakbar..besarnya dugaan seorg ibu bila dua2 anak hidap kanser...semoga kuat ye...dan Allah kurniakan kesembuhan utk dua2...
Quote Kancilkering 19-2-2026 04:09 PM
Duduk bawah pencawangan tnb ke apa deme ni? Besar betul ujian

berikan kesabaran pada amyza

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.065699 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top