CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang tak dapat keluarkan wang punca warga emas 67 tahun rosakkan 12 mesin ATM

18-2-2026 11:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 39517| Komen: 17

 


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kes khianat dengan memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar Jinjang, Sentul di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 67 tahun itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira pukul 3.21 petang tadi.

Menurutnya, modus operandi suspek adalah dengan masuk ke dalam kawasan mesin ATM sebelum memecahkan skrin menggunakan objek dipercayai batu.

“Hasil soal siasat mendapati suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati selepas gagal mengeluarkan wang daripada mesin ATM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis merampas beberapa barangan yang digunakan semasa kejadian termasuk pakaian, motosikal, topi keledar dan seketul batu.


“Dengan tertangkapnya suspek tersebut, kita berjaya menyelesaikan lima kes khianat pecah skrin mesin ATM yang dilaporkan sebelum ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan pertuduhan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, polis giat mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes khianat sehingga menyebabkan 12 buah mesin ATM pecah di Jinjang Utara dan Jinjang Selatan kelmarin.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) suspek yang bertopi keledar masuk ke dalam dan memecahkan skrin mesin ATM menggunakan objek dipercayai batu sebelum melarikan diri.  

Sumber– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fattymah 19-2-2026 12:29 AM
Ya ka noks.. pakai helmet tu ghasanya mmg dah niat nak buat jahat kut
Quote FOTHER-MUCKER 19-2-2026 04:06 AM



[fbp]https://www.facebook.com/reel/1613451149807065/?fs=e&fs=e[/fbp]

https://www.facebook.com/reel/1613451149807065/?fs=e&fs=e
Quote Tinot7 19-2-2026 04:40 AM
Tak dpt duit ka nak cekau duit?
Quote B40tastePosh 19-2-2026 07:26 AM
Warga emas zaman sekarang kuat kuat, takut merogol anak cucu pula
Quote kuewTiau 19-2-2026 09:47 AM
Allahurabbi
niat nak khianat betul ni
tak cerdik pon ada
mesti la bank boleh trace sape buat
lepas ni hidup kena bayar gantirugi je la
Quote TeropongSenyap 19-2-2026 10:44 AM
Dah tua2 pun jahat bukan main... Menyusahkan org la pula haiii
Quote vanilacup 19-2-2026 10:52 AM
Akhir zaman adalah zaman manusia semakin hilang akal dan pertimbangan perbuatan mahupun kata-kata...
Quote Blu3butter 19-2-2026 03:10 PM
Baran apa sgt le sampai gitu sekali
Quote noor2 19-2-2026 03:20 PM
Sesungguhnya aku sedang berpuasa. . Elok la masuk penjara
Quote Kitty_catz 20-2-2026 08:18 AM
sendiri sengkek.. mesin pulak yg salah

bapak sapa la ni...
Quote Purestteam1 20-2-2026 10:15 AM
jadah tul...
Quote awanearisu 20-2-2026 03:20 PM
Kenapalah perlu susah-susah begini.
Orang Malaysia kan pemurah.
Bulan puasa ni, tunggu sahajalah di tepi masjid tu pegang tabung.
InsyaAllah ada yang hulur.
Quote midori888 20-2-2026 05:04 PM
Kitty_catz replied at 20-2-2026 08:18 AM
sendiri sengkek.. mesin pulak yg salah

bapak sapa la ni...

kan....sendiri yg sengkek, gi salahkan mesin pulak...
Quote renko 20-2-2026 05:07 PM
banyak sangat ke duit babi tua ni??
Quote Kitty_catz 20-2-2026 05:50 PM
midori888 replied at 20-2-2026 09:04 AM
kan....sendiri yg sengkek, gi salahkan mesin pulak...

tu lah.. ramai sakit mental skang ni pun
Quote bottombikini 20-2-2026 06:54 PM
Edited by bottombikini at 20-2-2026 06:56 PM

member pun terdesak gaknye time tu nak pakai duit
sekali takleh withdraw
kita tak tau apa yg dia sedang lalui

besar betul cabaran zaman now
semoga korang semua baik2 aje ye
Quote plywood 20-2-2026 07:13 PM
dia memang marah dengan atm ni. dlm video dia ketuk cermin atm lepas tu blah.. tak adalah nampak mcm dia nak rompak sbb alat lain pun tak ada

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.038461 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top