|
Kerajaan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.
Susulan mesyuarat kabinet hari ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, yang akan melapor kembali kepada kabinet untuk tindakan lanjut. Apabila disoal sama ada penggantungan ketua SPRM itu dibangkitkan, Fahmi menyatakan perkara tersebut tidak dibincangkan semasa mesyuarat. Ketua setiausaha negara dijangka mengumumkan butiran lanjut mengenai pasukan petugas dan skop siasatannya. [Berita penuh menyusul] Sumber : Malaysiakini |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.028852 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.