CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daler Yusuf mohon maaf kepada Aqish - "Saya juga sudah memadam hantaran saya di Threads"

13-2-2026 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18891| Komen: 11

 



Pelakon Daler Yusuf sudah memohon maaf kepada Puteri Balqis susulan hantaran Threads yang dikatakan membuatkan aktres itu kurang senang.

Daler atau nama sebenar, Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, berkata dia tidak berniat mengeruhkan keadaan dan sudah memadam hantaran berkenaan.

"Saya sudah memohon maaf di ruangan komen di laman sosialnya. Saya juga sudah memadam hantaran saya di Threads serta menghantar mesej langsung (DM) kepadanya secara peribadi.

"Tetapi, dia tidak beri maklum balas. Saya katakan betul-betul minta maaf kalau saya buat dia marah atau apa-apa. Saya juga beritahu tolong faham yang saya betul-betul sokong dia mempertahankan dirinya," katanya ketika ditemui pada sidang media program Ramadan dan Syawal TV Alhijrah di sebuah hotel di sini, semalam.

Daler berkata, niatnya hanya mahu menegur cara dan adab yang diperlihatkan.

"Saya tegur kita sebagai lelaki tidak boleh kurang ajar dengan perempuan apabila kita bercakap dengan mereka... Itu sahaja. Saya tiada masalah dengan kes lain yang membabitkan dirinya. 

"Dalam hal ini, saya cuma menegur bapa tiri dan teman lelakinya. Saya tidak kisah jika mereka mahu mempertahankan isteri atau teman wanita masing-masing.

"Namun saya percaya, sebagai seorang Muslim, lebih-lebih lagi lelaki, kita perlu menjaga tutur kata dan bahasa apabila berurusan dengan perempuan, walau sejahat mana sekalipun seseorang itu," katanya.

Bagi Daler, ayat-ayat yang digunakan kurang bersesuaian dengan imej sebagai lelaki Islam.

"Saya ada melihat Instagram Story (IGs) yang dimuat naik serta tangkap layar. Pada pandangan saya, ia agak keterlaluan serta biadab," katanya.

Justeru, Daler berharap perkara ini tidak berpanjangan sehingga memberikan kecaman terhadap ahli keluarganya.

"Bagi saya, kecaman terhadap ahli keluarga tidak boleh diterima. Saya tidak kisah jika orang mahu mengecam saya. Biasanya saya akan cuba untuk tidak membaca komen negatif. Tetapi, apabila sudah babitkan anak-anak, sebagai ayah, saya sangat sedih.

"Mereka tidak kenal saya, malah belum tentu kenal pelakon terbabit. Jadi, mengapa perlu terlalu kasar sehingga sanggup mencarut anak-anak saya? Itu sahaja yang saya kesalkan," katanya.

Sebelum ini, Daler dilapor pernah menegur bapa tiri dan tunang kepada Puteri Balqis atau Aqish agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung isu panas yang membabitkan aktres terbabit bersama Mia Sara Nasuha.

Menurutnya, beberapa perkongsian yang dimuat naik dalam media sosial dilihat agak melampau serta menggunakan bahasa yang kurang sesuai terhadap seorang gadis yang masih muda.

Dalam perkembangan lain, Daler akan tampil menerusi telefilem terbitan TV Alhijrah, Menantu Datuk Nikah Kahwin yang akan disiarkan pada 2 Syawal. Turut membintangi telefilem itu adalah Amyza Adnan, Nasir Bilal Khan dan Faezah Elai.

Sumber : Berita Harian 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ragazza 13-2-2026 12:39 PM
All hail poyet pemili
Quote helicornia 13-2-2026 10:07 PM
Tk perlu pun minta maaf.teguran daler ni mmg tepat
Quote hyie 13-2-2026 10:33 PM
yes tak perlu mintak maaf pun..see dia pun buat dek je..padehal hp berjahit kat tangan 24jam
Quote contessa38 13-2-2026 11:17 PM
Rasanya daler ni terpaksa mntk maaf sbb kena serang dgn penyembah poyet pamili sampai sebut anak2 dia.
Quote Perawankota 14-2-2026 01:34 AM
Sian kat Daler ni. Anyway, aku rasa bahasa melayu Daler ni makin baik.. Pheobe, jgnlah terlalu mendabik dada.. Nanti jadik macam kepam
Quote LadyCarefree 14-2-2026 01:38 AM
Kenapa perlu melutut kepada si Pox dan Poen famili?
Quote renko 14-2-2026 11:54 PM
kenapa ramai babi duk jilat balkis babi tu sekeluarga
da la gila
bangsat lak tu
Quote aammyy 15-2-2026 12:22 AM
Mesti dia rasa dia menang. Semua orang mintak maaf kat dia.
Quote contessa38 15-2-2026 12:30 AM
Edited by contessa38 at 15-2-2026 12:32 AM
LadyCarefree replied at 14-2-2026 01:38 AM
Kenapa perlu melutut kepada si Pox dan Poen famili?


Sbb penganut kultus poyed gi serang ig daler siap babitkan anak2 daler rasanya. So dia mnta maaf atas faktor keselamatan. Sakit jiwa betul kan depa semua ni
Quote Hoola 15-2-2026 07:03 AM
#team daler

mcm tu la daler..
org msia makin teruk bhs msg2 now
ksopanan dan kesusilaan mkin ke laut
retis ke netijem ke laki ke pmpuan ke tuan boomers ke millenial ke gen z ke

Quote TomyamPuteh 15-2-2026 08:10 AM
Semua retis kt Malaysia kena dpt validation dari the mangkuk poyen famili dulu sekarang ni.Baru akan disanjung penjilat penjilat anak kacip

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.035512 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top