Oleh Izzah Abbasy
Tak sampai seminggu kes seorang pelajar sekolah maut setelah jatuh ke dalam lubang kumbahan, kali ini pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah kebangsaan Puchong Permai terpaksa menahan sakit selama 15 minit apabila kakinya tersepit di besi penutup longkang di hadapan sekolah tersebut. Kredit Foto : Sinar Harian Pelajar itu dikatakan baru melintas jalan utama Persiaran Permai bersama rakannya dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.40 pagi pada hari itu. Mangsa dipercayai tidak sedar bahawa satu dari besi penutup longkang itu sudah reput dan patah ketika dipijak untuk dilalui olehnya. Akibat dari itu kaki mangsa terperosok ke dalam longkang di celah-celah besi itu. Pelajar tersebut menangis dan terpaksa menahan kesakitan sebelum orang ramai memoton besi itu untuk mengeluarkan kakinya. Dia yang bersekolah sesi petang mengalami luka ringan dan kaki juga tercalar akibat bergesel dengan besi. Walau bagaimanapun, aduan mengenai kerosakan telah pun beberapa kali dibuat namun tiada tindakan diambil sehingga kejadian berlaku pada pagi tersebut. Adakah perkara seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan segera? Adakah memerlukan belanja yang besar? Atau perlukan sukarelawan seperti Brotherhood yang menampal lopak berlubang atas jalan raya untuk menggunakan jasa baik mereka menggantikan penutup longkang yang selamat? Memang tak masuk akal apabila pihak bertanggungjawab memandang ringan isu ini. Mungkin juga mereka tunggu ada kes kematian berlaku baru akan digerakkan anggota untuk selesaikan. - CARI Infonet Geng Brotherhood dan Lando
|
ADVERTISEMENT