|
Pelakon Nabil Ahmad memaklumkan isterinya pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengalami komplikasi pada jahitan bahagian perutnya selepas melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada 29 Januari lalu.
Memetik Media Hiburan, Nabil berkata buat masa ini mereka perlu berulang alik ke hospital untuk membersihkan luka kerana jahitan terbuka dan bernanah serta meminta mendoakan buat Ayda. “Ayda sedang berpantang. Untuk anak ketiga ini, ini proses yang Ayda rasa paling sakit untuk melahirkan. Masa anak pertama dan kedua dulu, dia tak rasa apa sangat. “Dalam bilik bedah pun, mata dia berair tanpa henti. Ketika ni, perutnya ‘berlubang’ kerana jahitan terbuka. Jadi setiap hari perlu pantau keadaan kesihatannya. “Bahagian jahitan itu agak bernanah. Selang sehar kita akan pergi ke hospital untuk bersihkan luka. Saya mohon titipkan doa yang baik buat Ayda,” katanya. Sementara itu, Nabil berkata pada awalnya isterinya hanya alami sakit biasa selepas bersalin namun keadaan tersebut bertambah serius selepas seminggu. “Kami perasan perkara itu selepas seminggu Ayda bersalin. Dia hanya berehat di atas katil. Masa nak alihkan kaki, tiba-tiba dengar bunyi putus. “Mulanya ingat sakit biasa saja. Esoknya nampak ada ‘leaking’. Ayda memang tak berhenti menangis,” katanya. Sumber: Media Hiburan, Rotikaya
|
c_apple replied at 13-2-2026 10:27 AM
Or maybe sbb anak2 dia bersalin dekat2
Even 2-3 tahun gap pun but still laa kat dalam kita tak tahu ...
sukanyanyi replied at 13-2-2026 02:44 AM
Tula yg kedua dulu lepas 5 bulan dh masuk hardest singing show yg kena buat stunt tu sume. Yg kali ...
dewi_rina replied at 13-2-2026 10:53 AM
Laki dia ckp dia duduk diam2, tiba2 benang terbukak
Tengok mcm tak reti duduk diam je, yeler tu d ...
doubleA replied at 13-2-2026 02:27 AM
In fact, lepas czer ni walaupun sehari dua tu rasa sihat dan ok, tapi sebelum habis tempoh pantang 4 ...
sukanyanyi replied at 13-2-2026 03:22 AM
Tulah, mase bace tajuk smlm pon meols dh tertanya2 ape plak sheols buat kali ni..takkan la dah pre ...
Missjass replied at 13-2-2026 03:11 AM
Pelakon Nabil Ahmad memaklumkan isterinya pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengalami komplikasi pada ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.039140 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.