CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video tular pikap langgar motosikal tiada kaitan gengsterisme, isu kaum - Polis

13-2-2026 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12352| Komen: 7

 


Kuala Lumpur: Polis mengesahkan insiden pikap melanggar motosikal di Kampung Sungai Jernih, dekat Kajang yang tular di media sosial, hari ini berpunca daripada perselisihan faham berkait isu tanah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati kejadian itu sama sekali tidak membabitkan kegiatan gengsterisme atau isu perkauman.

Katanya, rakaman video tular itu dikesan pada 11.41 pagi tadi, memaparkan sebuah kenderaan pikap melanggar motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki tempatan.


"Siasatan awal mendapati motif kejadian adalah berpunca daripada pertikaian peribadi berkaitan isu tanah serta laluan lori di kawasan berkenaan.

"Polis Selangor ingin menegaskan bahawa insiden ini adalah berkaitan perselisihan faham peribadi dan sama sekali tidak melibatkan sebarang unsur gengsterisme mahupun perkauman," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan kejadian itu, katanya polis menerima dua laporan berasingan yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 307 dan 279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 395 dan 365 Kanun Keseksaan.

Shazeli berkata, seramai lima individu termasuk seorang warga asing sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kita menahan dua lelaki bagi laporan kes pertama, masing-masing seorang warga tempatan dan seorang warga asing, berusia 30 dan 34 tahun. Bagi laporan kes kedua pula, tiga lelaki warga tempatan berumur antara 24 hingga 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Siasatan mendapati suspek dalam laporan kes pertama adalah pengadu bagi laporan kes kedua, manakala pengadu bagi kes kedua pula adalah suspek dalam kes pertama," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri yang menyalahi undang-undang serta tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Polis akan mengambil tindakan berlandaskan lunas perundangan terhadap sesiapa jua yang melakukan perbuatan yang menggugat keselamatan serta ketenteraman awam," katanya.

Sumber : Harian Metro


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 13-2-2026 12:26 PM
Yang pasti, sapa yang melanggar tu kompem kena.
Melanggar dengan niat, cubaan mendatangkan kecederaan serius dengan niat.
Quote kemaruk 13-2-2026 12:33 PM
tunggu geng ABJAD+ masuk cover malu
Quote Skuau 13-2-2026 12:38 PM
oh! kiranya depa ni nak datang berubat la....
Quote slavehunter 13-2-2026 02:49 PM
Kalau kes perkauman pun memang polis takkan cakap.
Quote PULANGKAN 13-2-2026 03:39 PM
airfilterkotor replied at 13-2-2026 12:26 PM
Yang pasti, sapa yang melanggar tu kompem kena.
Melanggar dengan niat, cubaan mendatangkan kecederaa ...

true. plus, ugutan.
Quote airfilterkotor 13-2-2026 03:43 PM

Silap-silap polis buleh dakwa lagi cubaan membunuh... dengan niat mendatangkan kecederaan parah dan kematian.
Quote piyek92 13-2-2026 05:29 PM
video ada nak coverline apa lagi

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.033300 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top