CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Aleya Sah Bercerai, Selesai Tempoh Idah

12-2-2026 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27187| Komen: 22

 


Pelakon dan penyampai radio Sharifah Aleya mengumumkan sudah bercerai dengan suami, Mohammad Azam Abdullah.

Perkara itu dikongsikan oleh Aleya menerusi Instagram sebentar tadi memaklumkan tempoh iddah bersama bekas suami yang juga dikenali sebagai Miko sudah pun berakhir.

“Assalamualaikum. Video reel ini adalah kompilasi rakaman dan perkongsian sejak November 2025.

“Saya kongsikan hari ini kerana hari ini menandakan berakhirnya tempoh iddah saya. Saya kini secara rasmi telah bercerai. Alhamdulillah ‘alaa kulli haal,” tulisnya.

Tidak memberitahu tarikh sebenar perceraian mereka, Aleya berkata dia dan anak-anak berada dalam keadaan baik.

“Saya dan anak-anak berada dalam keadaan baik dan kami saling menyokong antara satu sama lain. Alhamdulillah, kami mempunyai sistem sokongan yang sangat baik. Terus melangkah ke hadapan, anak-anakku.

“Insya-Allah, saya akan pulih dan okay. Jika tidak keberatan doakan saya dan anak-anak,” katanya.

Aleya dan Miko mendirikan rumah tangga pada Januari 2013. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ali Abdullah dan Ahyan Abdullah.

Sebelum ini, Aleya pernah berkahwin dengan Muhd Ashraf Aasimuddin pada Disember 2007 namun bercerai pada 2012. Mereka dikurniakan anak kembar kini berusia 17 tahun.

Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 12-2-2026 04:02 PM
Oh dah 2x nikah, dan 2x cerai rupanya.
Tq 4 d info.
Quote chandrahusin 12-2-2026 04:08 PM
rajin betul jodoh mereka2 ni
sorang je smpai 2 3x
org biasa nak jumpa 1 jodoh pun
mcm kena tunggu seumur hidup
Quote Kancilkering 12-2-2026 04:36 PM
gitu lh laluan dia
envy je tgk  mak pak dia nye marriage…tapi siapa je tau apa yg ditempuhi
teacher patti tu memang cun masa muda
macam nani
Quote asfaz 12-2-2026 04:38 PM
Kancilkering replied at 12-2-2026 04:36 PM
gitu lh laluan dia
envy je tgk  mak pak dia nye marriage…tapi siapa je tau apa yg ditempuhi
teache ...

Baru nak ckp,aritu nani up gbr maknya kan.Lawa comel macam dia.
Quote prince_marhaen 12-2-2026 05:03 PM
She too dominant kot. Anak sulong, outspoken & open family. Maybe susah lelaki2 nak adapt.
Quote Prickford 12-2-2026 05:17 PM
chandrahusin replied at 12-2-2026 08:08 AM
rajin betul jodoh mereka2 ni
sorang je smpai 2 3x
org biasa nak jumpa 1 jodoh pun

Teringat Tok Sawie cakap, dia dgn Ratu fair & square sebab masing2 dah 3 kali kawin
Quote Chah21 12-2-2026 05:23 PM
Kancilkering replied at 12-2-2026 04:36 PM
gitu lh laluan dia
envy je tgk  mak pak dia nye marriage…tapi siapa je tau apa yg ditempuhi
teache ...

Mak nya masa muda muka mcm artis korea yg operate menjadi walaupun hidung mcm tu tp nmpk perfect
Quote likilu 12-2-2026 08:43 PM
prince_marhaen replied at 12-2-2026 05:03 PM
She too dominant kot. Anak sulong, outspoken & open family. Maybe susah lelaki2 nak adapt.

Ada je terpaling formula nak kecam salahkan n cari flaw orang

Padahal diorang lebih 10 tahun kawen, bukan nya putus tunang tak jadi kawen yg laki tu xmau
Quote Farnor 12-2-2026 09:01 PM
Laki kedua dia ni,orang sabah kan? Moga dipermudahkan urusan..
Quote tapirbiru 12-2-2026 09:17 PM
kekwat dia ni.. yg tau je tau..
Quote LadyCarefree 12-2-2026 10:30 PM
tapirbiru replied at 12-2-2026 08:17 PM
kekwat dia ni.. yg tau je tau..

Hehehehe
Quote becir 13-2-2026 01:11 AM
kira laju gakla she remarried, divorced first 2012 kawen yg second 2013
Quote kmbg 13-2-2026 02:10 AM
Ni sorg lagi jodoh tak panjang..malas bukak benang lain xfamous mana.            Perkahwinan ketiga juga berakhir, Mimie Haris sahkan sudah bercerai - Hiburan | mStar https://share.google/oYnimjavx41uLqPU6
Quote supernaturalee 13-2-2026 08:22 AM
dlm radio huhahuha macam takde pape


moga terus kuat ye

Quote PinkyPie 13-2-2026 08:43 AM
Berapa kali serai dgn si Miko ni
Quote missbigrockstar 13-2-2026 08:52 AM
supernaturalee replied at 13-2-2026 08:22 AM
dlm radio huhahuha macam takde pape



Dia jadi DJ radio english tak best pada aku. Tapi dia baca iklan kat radio lightfm tu sedap suara dia. DJ radio english paling best sarimah Ibrahim kat Mixfm dulu². Mengekek aku gelak drive pagi². Ada je idea lawak dia dgn sparring partner
Quote PinkyPie 13-2-2026 09:12 AM
Bukan dah pernah serai ke dgn Miko ni. Maybe dah habis quota?
Quote helicornia 13-2-2026 09:34 AM
Tu pun klu dpt.klu tak bujang sampai mati huhu
Quote supernaturalee 13-2-2026 09:44 AM
missbigrockstar replied at 13-2-2026 08:52 AM
Dia jadi DJ radio english tak best pada aku. Tapi dia baca iklan kat radio lightfm tu sedap suara  ...

tp english die mudah phm sbb tak pekat

kitonyo pun english x berapa sgt, so...



Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.045051 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top