CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tak Kisah Harga, Asalkan Cantik” – Iman Troye Pernah Beli Baju Raya RM20

12-2-2026 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25053| Komen: 4

 


Penyanyi Iman Troye berkata dia lebih sukakan baju bertema klasik untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri.

Memetik Oh Bulan, Iman berkata gaya tradisional dan klasik lebih menaikkan mood  serta identiti sebenar sambutan hari raya.

“Pada hari raya, saya lebih gemar memakai pakaian klasik, tentunya baju raya. Saya rasa bila sarung baju raya klasik menaikkan lagi ‘mood’ nak sambut raya dan melambangkan identiti Melayu,” katanya.

Sementara itu, ditanya adakah dia menerima tajaan baju raya setiap kali Syawal, Iman berkata dia lebih selesa untuk beli sendiri sebagai tanda sokongan jenama pakaian lokal.

“Bukan saya tidak terbuka untuk menerima tajaan, tetapi saya menghargai koleksi yang dikeluarkan setiap kali musim raya.  Setiap kali melihat koleksi baharu, saya sendiri rasa teruja dan kalau berkenan, saya akan beli.

“Maksudnya, saya menyokong jenama-jenama tertentu dan kebanyakan baju raya yang saya pakai sebelum ini memang saya beli sendiri. Itu cara saya menyokong produk tempatan,” katanya.



Perkongsiannya membeli baju raya berharga RM20 menjadi perhatian, Iman berkata dia tidak kisah mengenai harga baju asalkan cantik dan sopan dimatanya.

“Tentang baju raya berharga RM20 itu, memang betul. Sebenarnya saya beli tahun lepas ketika Ramadan, kira-kira seminggu atau dua minggu sebelum raya.

“Waktu itu kedai tersebut sedang mengadakan jualan besar-besaran. Saya masuk kedai, nampak baju kurung songket berharga RM20 dan terus beli.

“Bagi saya, soal harga itu bukan isu utama. Saya tidak kisah tentang harga, asalkan baju itu cantik, selesa dan sopan di mata saya, saya akan beli,” katanya.

Sumber: Oh Bulan, Rotikaya

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 13-2-2026 09:14 AM
okay next
Quote zad78 13-2-2026 09:52 AM
stillll who are youuuuusssssss??????
Quote prince_marhaen 13-2-2026 10:33 AM
Iman pakai baju RM2k pun tetap muka DSV dik. So....yeah... better stick to rm20.
Quote awenda507 13-2-2026 02:45 PM
asal selesa ok la tu dekk

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.484414 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top