CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Diraja Brunei kongsi potret Princess Zahra

12-2-2026 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27881| Komen: 12

 


KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari, pasangan Diraja Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pangiran Anak Isteri Anishsa Rosnah Adam berkongsi potret keluarganya di media sosial.

Putera Mateen menerusi muat naik di Instagram malam tadi, berkongsi imej anakanda perempuan, Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah atau dikenali sebagai 'Princess Zahra' dalam dakapan baginda.

Menerusi hantaran sama, baginda turut berterima kasih kepada pasukan perubatan Jerudung Park Medical Centre (JPMC), Brunei.

"Beta dan Anisha sangat bersyukur dengan kredibiliti pasukan di JPMC yang luar biasa atas penjagaan serta sokongan, selain menghargai segala ucapan diberikan (sempena kelahiran Puteri Zahra)," titah baginda. 

 



Hantaran membabitkan potret sulung keluarga baginda yang dimuat naik kira-kira jam 9.30 malam tadi, meraih lebih 500,000 tanda suka di Instagram.

Khabar gembira itu turut meraih perhatian masyarakat yang membanjiri media sosial baginda dengan ucapan tahniah serta doa kesejahteraan buat ibu dan puteri yang baharu dilahirkan.

 

Ahad lalu, Anisha Rosnah dilapor melahirkan bayi perempuan pada jam 8.50 pagi. 

Putera Mateen adalah anak ke-10 dan putera keempat, hasil perkahwinan Sultan Hassanal Bolkiah dan bekas isteri baginda, Mariam Abdul Aziz.

 

Sementara itu, Anisha Rosnah menerusi hantaran di Facebook malam tadi, berkata Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkenan mengurniakan nama kepada cucunda baginda.

Anisha Rosnah turut memuat naik petikan laporan media Brunei, Radio Televisyen Brunei (RTB News), memaklumkan Kerabat Diraja Brunei berterima kasih kepada semua pihak yang membantu ketika Puteri Zahra dilahirkan.

"Kerabat Diraja Brunei juga berterima kasih kepada semua pihak yang menyampaikan perutusan tahniah dan ucap selamat berikutan kelahiran cucunda baginda," katanya. 

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 12-2-2026 02:30 PM
Anak raja santai2 je share gambar baby.... hehehehe.. retis2 siap bubuh sticker siap pixallate sampai anak dah bebulu.. ehehehehehe...
Quote uda 12-2-2026 04:18 PM
prince_marhaen replied at 12-2-2026 02:30 PM
Anak raja santai2 je share gambar baby.... hehehehe.. retis2 siap bubuh sticker siap pixallate sampa ...

Setuju.

Lagi satu nama anak nama biasa2 je. Takdalah nama ke'ingerrisan', eg eddreis,aymelina dll
Quote EriaDoritis 12-2-2026 04:19 PM
Congrats.
Nampak Princess Zahra ni iras ayahnya masa kecik
Quote afie_m 12-2-2026 04:20 PM
tahniah
Quote Buritan 12-2-2026 05:34 PM
Ko ngate anak anzalna ekk.. Marah dia kang.. Penat dia perah otak cari nama..takkan nak letak nama idris.. Malulaa.. Hahaha
Quote PULANGKAN 12-2-2026 08:15 PM
Zahra Mariam.. hmm hmm.. I like. simple and traditional vibe

moga Princess Zahra membesar dengan sihat, dan menjadi orang baik-baik
Quote Ilgiying 12-2-2026 09:38 PM
Edited by Ilgiying at 12-2-2026 09:39 PM
uda replied at 12-2-2026 04:18 PM
Setuju.

Lagi satu nama anak nama biasa2 je. Takdalah nama ke'ingerrisan', eg eddreis,aymelina dll ...


Walaupn nama ank prince mateen ni biasa2 tpi kat depan nama dia ada "Yang Amat Mulia Pengiran" jdi nama tu tetap "luar biasa", nak letak nama2 org dulu2 pun takpa

Klw org biasa letak nama ank mcm eddreis, aymelina tu pun cantik juga sbb unik, maksud nama pun tak berubah. Nama ank elon musk tu yg org patut pertikaikn..lol
Quote LadyCarefree 12-2-2026 10:52 PM
Kenapa dia guna beta dan news guna baginda?
Quote L.U.S.M 13-2-2026 06:20 AM
prince_marhaen: Anak raja santai2 je share gam ...


hujung2 beriya tunjuk pun org dh xheran...KAHKAHKAHHHH
Quote laksmanabentan 13-2-2026 10:47 AM
semoga lepas ini dapat anak lelaki pulak, pewaris tahta kerajaan
Quote bulan_gerhana 13-2-2026 11:45 AM
prince_marhaen replied at 12-2-2026 02:30 PM
Anak raja santai2 je share gambar baby.... hehehehe.. retis2 siap bubuh sticker siap pixallate sampa ...

kannn elok je dia share potret pertama.. x de pulak isu penyakit ain bagai..

xde org nak berteka teki ikut muka sapa.. taniyahhhhh
Quote Kitty_catz 13-2-2026 02:42 PM
yistna brunei: mariyam,,, come here

yintana kokdiang pprt seghambut : daniel danish qhenta hatiku qhunrattul ainul iskandar the great... don't run run, later fall down

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.039155 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top