CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto akan sertai mesyuarat Lembaga Keamanan pertama Trump

12-2-2026 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27840| Komen: 8


 


Menurut jurucakap kementerian itu lagi, Indonesia akan menggunakan Board of Peace untuk berusaha mencapai keamanan yang adil dan mampan di bawah penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin.

Indonesia juga akan memperjuangkan perlindungan orang awam serta menggalakkan pemulihan dan pembinaan semula Gaza, tambahnya.

Keahlian tetap Lembaga Keamanan dikenakan bayaran bayaran sebanyak AS$1 bilion (RM4.3 bilion), sekali gus mengundang kritikan bahawa lembaga itu boleh menjadi versi bayar-untuk-serta (pay-to-play) bagi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Indonesia bagaimanapun belum mengesahkan sama ada ia akan membayar yuran keahlian tetap itu.

Setiausaha Kabinet negara itu minggu lalu menyatakan bahawa keahlian Indonesia adalah tidak tetap dan boleh menarik diri pada bila-bila masa.

Indonesia adalah penyokong kuat kemerdekaan Palestin dan secara konsisten menggesa penyelesaian dua negara.

Pihak tentera minggu ini menyatakan kesediaan untuk menghantar sehingga 8,000 anggota ke Gaza jika penempatan Pasukan Penstabilan Antarabangsa yang dicadangkan itu disahkan.

Jurucakap kementerian pertahanan, Rico Ricardo Sirait, berkata pada Selasa bahawa belum ada keputusan muktamad berhubung jumlah anggota tentera atau tarikh penempatan mereka.

Beliau berkata, anggota tentera Indonesia akan memberi tumpuan kepada sokongan pembinaan semula dan perkhidmatan kesihatan di Gaza.

"Pada dasarnya, Indonesia bersedia untuk menyumbang kepada usaha keamanan dan kemanusiaan," kata Rico. - AFP



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 12-2-2026 12:37 PM
Prolly heshe tidak mampu support unwinnable war... Many bawa palestine flag tidak ubah sedikit pun gaza situation... Di dalam gaza sendiri palestine ber gasak sama sendiri pro hamas or israel...

Muslim brotherhood problem tidak buat arab states lain peace...

Setiap hari di socmed sembang tentang jihad... But nobody willing untuk tinggal kan den/comfort zone sendiri... Yang tahu buat chaos...
Quote slavehunter 12-2-2026 01:28 PM
What can you expect from someone yang minum Champagne sambil pakai songkok. Jew boot licker.
Quote Purestteam1 12-2-2026 06:42 PM
dulu nusaraya slalu masuk.. ni dah xda.. dh kena tangkap masuk lokap machap umboo ke
Quote PULANGKAN 12-2-2026 08:17 PM
Purestteam1 replied at 12-2-2026 06:42 PM
dulu nusaraya slalu masuk.. ni dah xda.. dh kena tangkap masuk lokap machap umboo ke

eh ye tak ye, iols lupa terus pasal sheols. tiba2 ghaib
Quote kotakbaju 12-2-2026 10:29 PM
PULANGKAN replied at 12-2-2026 08:17 PM
eh ye tak ye, iols lupa terus pasal sheols. tiba2 ghaib

Udah arwah chuolss. Post Banhammer terus. Syukur la. Takyah sakit mata tengok arwah dok post provoke lagi.
Quote Decaffeinated 12-2-2026 10:59 PM
Malaysia yang tak dijemput?
Quote manopBKK 12-2-2026 11:56 PM
Kahkahkah...kena kencing. Ada udang disebalik Indomeee


[twitter]https://twitter.com/bisniscom/status/2021824649546596690?s=61[/twitter]
Quote PULANGKAN 13-2-2026 12:38 AM
kotakbaju replied at 12-2-2026 10:29 PM
Udah arwah chuolss. Post Banhammer terus. Syukur la. Takyah sakit mata tengok arwah dok post provo ...

ooo kena ban eh. patut la. aman sikit porem ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.037097 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top