CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Islam perlu patuh larangan penggunaan kalimah, istilah khusus berkaitan Islam - Mufti Kedah

12-2-2026 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26766| Komen: 4

 



ALOR SETAR: Masyarakat bukan Islam perlu mematuhi keputusan Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) berkaitan larangan penggunaan kalimah dan istilah khusus bagi umat Islam di negara ini.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang, berkata larangan penggunaan yang diputuskan pada 2008 itu masih berkuat kuasa dan ia wajar dihormati semua pihak.

Katanya, tindakan melanggar keputusan itu boleh menyebabkan berlakunya masalah dan polemik antara umat Islam dan bukan Islam yang sepatutnya dapat dielak lebih awal.

"Sebenarnya sudah ada keputusan yang dibuat di peringkat kebangsaan dalam muzakarah MKI yang melarang beberapa istilah dalam agama kita untuk digunakan oleh bukan Islam. 

"Sudah ada (fatwa), cuma sekarang timbul balik hingga jadi polemik. Jadi kita sepatutnya patuh pada keputusan yang dibuat itu dan diharap tidak berlaku lagi apa yang berlaku (baru-baru ini)," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Syarikat Korporat kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Syeikh Zakaria Othman.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata, keputusan mengenai larangan itu bukan sahaja diluluskan di peringkat kebangsaan, malah ia turut dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja yang kemudiannya bersetuju.

Walaupun ada orang bukan Islam yang faham dan mahir menggunakan kalimah berkaitan Islam, mereka masih tetap dilarang menggunakan istilah berkenaan.

"Ada kalimah dan istilah yang mereka memang tidak boleh guna sebab sudah ada keputusannya mengenainya dibuat.

"Maka kita berharap saudara kita terutama bukan Islam patuhilah keputusan itu, walaupun mereka duduk dalam masyarakat kita dan mereka biasa, tahu dan pandai guna kalimah tertentu, tapi mereka kena mematuhi keputusan itu agar tidak timbul polemik," katanya.

Pada 4 Februari lalu, Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff mempersoalkan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menggunakan kalimah sinonim dengan umat Islam pada persidangan Dewan Rakyat.

Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang menyifatkan tindakan itu bukan sahaja mengelirukan masyarakat bukan Islam, malah seolah-oleh mempermainkan kesucian Islam.

Berikut adalah perkataan dan istilah yang tidak boleh digunakan bukan Islam:

Istilah tidak boleh digunakan bukan Islam

1. Allah

2. Ilahi

3. Rasul

4. Firman Allah

5. Wahyu

6. Iman

7. Ulama

8. Mubaligh

9. Dakwah

10. Hadith

11. Syariah

12. Injil

13. Ibadah

14. Qiblat

15. Salat

16. Kaabah

17. Haji

18. Khalifah

19. Kadi

20. Mufti

21. Wali

Kalimah tidak boleh digunakan bukan Islam

1. Subhanallah

2. Alhamdulillah

3. Lailahaillallah

4. Walillahilham

5. Allahu Akbar

6.  Insyaallah

7. Astaghfirullahal 'Azim

8. Tabaraka Allah

9. Masyaallah

10. Lahaula Walaquata Illabillahilaliyil Azim

Sumber: Berita Harian 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 12-2-2026 12:21 PM
Maksudnya assalamualaikum  boleh la.ada ustaz siap ngajar cara nak bagi balas salam kt org kapir.itu sapa ngajar
Quote Decaffeinated 12-2-2026 12:23 PM
Habislah Arab Kristian datang Malaysia kena cakap Melayu.
Quote FOTHER-MUCKER 12-2-2026 01:08 PM
Bukan ke makna kiblat jika di melayukan bermaksud arah?. Malaysia berkiblatkan ke Eropah. Dan wali bermaksud seorang yang diberi kuasa untuk mentadbir/mengurus sesatu.
Quote slavehunter 12-2-2026 01:20 PM
Yang Non Muslim pun sebok nak guna those word utk kehidupan seharian buat apa? Coz they don't worship same God like Islam.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.039400 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top