CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon Dawson's Creek, James Van Der Beek meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser kolorektal

12-2-2026 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28995| Komen: 2

 



Pelakon Amerika Syarikat (AS), James Van Der Beek, yang popular menerusi siri televisyen "Dawson's Creek," meninggal dunia pada Rabu, selepas bertarung dengan kanser kolorektal. Beliau berusia 48 tahun.

"James David Van Der Beek yang kita sayangi meninggal dunia dengan tenang pagi ini," menurut catatan di laman Instagramnya.

Van Der Beek, yang berkahwin dan mempunyai enam anak, mengumumkan diagnosis kansernya pada 2024.

Dia paling dikenali kerana memainkan watak Dawson, watak utama drama remaja 1998-2003, yang mengisahkan sekumpulan rakan yang tinggal di sebuah bandar kecil di Massachusetts.

Van Der Beek juga mempunyai peranan dalam filem "Varsity Blues" dan "The Rules of Attraction".

Hantaran di Instagram pada Rabu menunjukkan gambar Van Der Beek yang memakai baju putih dan kardigan. Ia juga dikongsi oleh isterinya, Kimberly.

"Buat masa ini, kami meminta privasi yang aman ketika kami bersedih dengan (pemergian) suami, bapa, anak lelaki, abang dan rakan kami yang tersayang," menurut hantaran itu.



Sumber:– Harian Metro

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 13-2-2026 02:33 AM
Rest In Peace.
Quote borrow 14-2-2026 04:49 PM
Takziah. Tak ramai kenal mendiang ek kt sini. Ai tgk Dawson's Creek dh lama lps Katie kawen. Layan ulangan kt tv tgh mlm. Best jugak ekceli ada misteri etc.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.058212 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top