|
Pelakon Zara Zya dilihat memuat naik kenyataan susulan dakwaan mengatakan dia mempunyai hubungan istimewa dengan seorang usahawan. Menerusi satu hantaran di Threads, Zara berkata dia menyifatkan dakwaan itu keterlaluan serta menjelaskan dia tidak ada sebarang hubungan dengan usahawan itu. “Sorry to say, this is too much. Saya tiada sebarang hubungan peribadi dengan individu yang digosipkan. Hubungan kami hanyalah sekadar kenalan biasa. Jumpa pun baru sekali. “Jika pihak sana mempunyai perasaan, itu adalah urusan peribadi dia dan tiada kena mengena dengan saya,” katanya. Sementara itu, Zara turut berharap usahawan itu berhenti menyebarkan berita tidak benar bimbang boleh menjejaskan reputasinya. “Saya harap dia berhenti menyebarkan naratif yang tidak tepat kerana ia menjejaskan reputasi saya serta keluarga. Saya juga tidak berminat untuk melayan gosip murahan macam ini,” katanya. Terdahulu, bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey tidak menolak seandainya bertemu jodoh dengan Zara. Sumber : Rotikaya
|

NuansaBiru replied at 11-2-2026 09:48 PM
Apa ke total loser jantan nih
Zara zya yg siang malam merintih nak berlaki pun tak hingin dgn kau :l ...




NuansaBiru replied at 11-2-2026 09:48 PM
Apa ke total loser jantan nih
Zara zya yg siang malam merintih nak berlaki pun tak hingin dgn kau :l ...



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.052516 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.