CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ayah Faham Keputusan Tanggal Tudung, Janji Tak Tinggal Solat” - Aprena Manrose

11-2-2026 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21821| Komen: 10

 


Pelakon Aprena Manrose berkata dia menerima segala teguran netizen secara terbuka susulan dirinya kini tampil tidak berhijab.

Memetik mStar Online, Aprena bagaimanapun tidak mahu mengambil serius komen negatif yang dilemparkan  kerana bimbang memberi kesan pada kesihatan mental.

“Saya tak ada jawapanlah, tak boleh nak cakap sebab takut esok jadi lain, lusa jadi lain pula. Setiap orang ada ujian masing-masing.

“Mungkin ini fasa di mana hati sedang rasa ingin buat apa sahaja untuk diri sendiri. Tak nak fikir pasal orang. Kalau fikir, takut saya jadi gila. Kalian tak nak saya gila kan? Saya pun tak nak jadi gila,” katanya.

Sementara itu, Aprena berkata bapanya tahu mengenai keputusannya untuk tidak lagi berhijab serta memahami tindakannya.

“Selagi benda itu ayah dan keluarga saya tahu, ia sudah memadai. Tak perlu saya nak bagi tahu apa yang sebenar-benarnya berlaku.

“Ayah saya juga faham (mengenai keputusan saya) dan respons dia adalah tidak mengapa, janji tidak tinggal solat,” katanya.

Aprena turut mengulas mengenai penampilannya dalam satu drama tidak memakai hijab, dia menjelaskan ia hanya tuntutan watak.

“Ketika ditawarkan mereka (pihak produksi) cakap watak itu tak bertudung dan saya jawab okay, boleh. Saya ingatkan bila cerita ini tayang nanti baru orang akan bercakap, tapi rupanya masa sesi fotografi lagi dah mula,” katanya.

Dalam pada itu, Aprena berkata dia tidak terkesan dengan komen netizen serta memahami teguran diberikan mungkin kerana sayang serta memohon maaf atas tindakannya itu.

“Saya faham mungkin mereka tegur sebab sayang. Saya pun rasa sayang dengan tindakan saya ini, tapi hanya saya saja yang tahu dan faham sebabnya. Saya minta maaf,” katanya.


Sumber : mStar Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 11-2-2026 05:46 PM
kenapa ek perempuan mesti nak tunjuk rambut? tanya je
Quote hyie 11-2-2026 10:43 PM
akido_kido replied at 11-2-2026 05:46 PM
kenapa ek perempuan mesti nak tunjuk rambut? tanya je

belum puas nak melawa lah tu agaknya
Quote cm_vungtau 11-2-2026 11:17 PM
Acik2 sangat style tudungnya pun
Quote wadiunong 12-2-2026 08:23 AM
alahai perlu ke nk explain? cuba dok senyap2 tak yah komen apa2.
Quote Prickford 12-2-2026 08:25 AM
Bukan ayah kau paham, tapi ayah kau tak koserrrr dengan kau yg dah tua bangka. Lg pon kau sendu. Orang kenal pasal ayah kau dulu penyanyi dangdut dgn mak kau pelakon, pastu dgn kazen kau yg lebih mendonia, tu je.
Quote AuntyZaza 12-2-2026 09:16 AM
dulu nmpk dia ni cantik sgt. now mcm awam dah
Quote KamikuP 12-2-2026 12:12 PM
akido_kido: kenapa ek perempuan mesti nak tunjuk rambut? tanya je


Nak tunjuk rambut boleh buat fesyen kepok2.. korang aderr??? ekekek

Quote kuyu 12-2-2026 12:17 PM
Tanggung la dosa sendiri
Quote sukanyanyi 12-2-2026 12:41 PM
Bestnya part nak buat benda utk diri sendiri n taknak pikir psl org lain. Lama dah tak rase part ni.
Quote sukanyanyi 12-2-2026 12:42 PM
AuntyZaza replied at 12-2-2026 09:16 AM
dulu nmpk dia ni cantik sgt. now mcm awam dah

Rasenye sbb rambut dah tak kepuk. Kepuk itu penting. Tp dah tak trendy dh skrg. 10 tahun lepas iyela

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.047252 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top