CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ayah Janji Nak Ambil Keputusan SPM Dengan Saya, Tapi Allah Lagi Sayang Dia” - Anak Allahyarham Along Eyzendy

10-2-2026 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22580| Komen: 1

 


Anak kepada pelakon Allahyarham Along Eyzendy dikenali sebagai Eyman menjadi perhatian apabila memuat naik luahan susulan pemergian bapanya.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Eyman berkata arwah bapanya berjanji untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal keluar tidak lama lagi.

“Ayah saya memang dah lama masuk hospital tapi tak bagitahu sesiapa dan sebelum balik asrama sempat pergi melawat.

“Ayah janji nak ambil keputusan SPM dengan saya tapi Allah lagi sayang dia. Rindu ayah saya sangat,” luahnya.

Dalam perkongsian itu, Eyman turut memuat naik gambar kenangan bersama bapanya.

Terdahulu, Along menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.16 tengah malam 8 Februari lalu. Arwah sebelum itu ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang.

Sumber: Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 10-2-2026 03:57 PM
Semoga menjadi anak yang soleh, dapat doakan ayah ye.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.752205 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top